nuffnang-ads

Wednesday, May 23, 2012





siapa ini....

                 Salam semua , oleh kerana terlalu sibuk untuk menceritakan dan menyambung cerita lama kerana terlalu banyak komitmen diluar sana. untuk pengetahuan anda semua. saya baru sahaja habis persembahan teater di istana budaya. apakah watak saya bawa ialah seperti gambar diatas. Bukan senang hendak mencapai target dan untuk berjaya membawakan watak tersebut kerana saya perlu melakukan perubahan yang sangat besar dengan bergaul dengan orang yang berhati lembut dan halus. dari segi percakapan juga amat lain sekali, selalunye saya suka memandang serong terhadap mereka yang seperti ini, ternyata diluar sangkaan saya mereka ini adalah sama seperti manusia lain. saya puji mereka kerana mereka sangat bersopan santun sebenarnya, kelembutan mereka adalah keluar dari sikap yang angat sopan santun. boleh kata wanita pun kalah la, dan kelantangan mereka lebih mengatasi lelaki, ketegasan mereka sangat tinggi, komitmen mereka juga superbbb...

            Banyak nilai-nilai murni daripada mereka telah disalah ertikan dari pihak kita kerana terlalu memikirkan nilai negatif pada mereka. Namun percayala, saya telah membuat kajian untuk mendapatkan watak ini selama beberapa bulan dengan tinggal serumah dengan mereka dan akhirnya saya berjaya membawa kesan yang berlainan dalam diri. Apepon, pucuk pangkalnya..janganlah kita memandang negatif pada mereka, kerana mereka juga adalah insan seperti kita dan naluri mereka adalah manusia. Selamat membaca...^_^