nuffnang-ads

Sunday, October 14, 2012




maafkan saya..


maafkan saya atas semua salah dan silap saya, maafkan saya kerana saya selalu membuat keputusan yang terburu-buru. maafkan saya jika saya seringkali menyalahkan awak..maafkan saya atas semua silap yang telah saya lakukan.saya bodoh kerana banyak melakukan kesilapan.

Thursday, October 11, 2012





masalah


macam macam masalah aku hadapi sekarang, semuanya datang bagaikan serentak, satu tak habis, datang pula satu lagi, dengan masalah yang semua nya berkaitan dengan emosi dan mengganggu perasaan aku...aku berdoa kepada Allah agar diringankan beban masalah dalam hidup aku dan mohon dapat menyelesaikan semua masalah untuk aku menghadapi masalah yang baru pulak....doakan segala masalah hilang...amin....

Wednesday, October 10, 2012

zaman kecelaruan


aku menulis hari ini adalah kerana aku benar benar celaru dalam hidup, hanay pada ALLAH aku mampu berdoa agar diberi ruang untuk membina semula rencana kehidupan aku yang sungguh rumit, namun aku bersyukur kerana masih ada ruang dan waktu dan bersyukur juga ke hadrat ilahi kerana masih diberikan akal yang waras serta kesihatan yang baik. aku juga punyai perasaan seperti manusia biasa dan punyai hak untuk bersuara...ya ALLAH kau tabahkanlah hati hamba mu yang lemah ini untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba mu yang taat....

Saturday, September 29, 2012






Ugly duck

Fakrul berang kerana sering diusik oleh rakan-rakan tentang giginya, namun dia tidak mampu berbuat apa kerana sudah takdirnya begitu. Dia berazam untuk mendapatkan rawatan pergigian dibandar namun pada siapa dia mahu mengadu dan meminta bantuan keewangan.
Walaupun begitu, fakrul sangat handal bermain bola dan dia mempunyai seorang rakan karib iaitu zakwan. Zakwan adalah sepupu fakrul dan hanya zakwan yang tahu perasaan fakrul. Mereka amat karib sehinggakan mereka berdua digelar belangkas, zakwan sering mempertahankan fakrul sekiranya dia diejek oleh rakan-rakannya.
Dalam kelas juga fakrul sering dimalukan oleh gurunya dan menggelarkannya pak memerang, hanya tuhan saja yang tahu apabila dipermainkan dan dimalukan oleh gurunya sendiri. Fakrul mula meyimpan perasaan dendam dalam dirinya kerana sering diherdik.
Fakrul sangat rajin ke masjid, ini bukan kerana ayahnya adalah imam tetapi kerana dia telah diasuh oleh bapanya, dia selalu bermohon kepada ALLAH agar beliau juga dapat hidup selesa seperti orang lain tanpa memikirkan diejek dan diherdik selalu.
Fakrul meminati suhaida,namun suhaida sangat jelita. Umpama enggang dengan pipit jika mahu dibezakan dan suhaida adalah anak kepada ketua kampung. Fakrul hanya memendam rasa sahaja kerana dia tahu suhaida tidak akan mempedulikan perasaannya.
Suhaida simpati dengan fakrul yang selalu diejek disekolah dan dia berharap suatu hari nanti semuanya akan berhenti kerana dia sedar fakrul juga manusia seperti orang lain yang punya hati dan perasaan.kadangkala suhaida merasakan fakrul sangat comel dengan gigi arnab didepan dan merasakan fakrul adalah budak lelaki yang paling comel. Fakrul berketurunan kacukan cina,melayu dan pakistan dan berasal dari kelantan.
Fakrul terpilih mewakili pahang dalam acara bola sepak peringkat sekolah dan semua itu menjadi kecoh bagaimana si memerang dapat terpilih. Ramai yang tidak senang dengan keputusan itu. Bagaimanapun, Fakrul tidak pergi ke sana atas perbuatan dengki khianat Amin yang menyebabkan Fakrul kemalangan dan patah tulang kanan tangannya.
Hasrat untuk mengharumkan nama negeri tidak tercapai. Namun si jahat mendapat balasan. Hidup Fakrul berubah selepas dikeluarkan dari hospital, ada seorang doktor ingin menanggung kos rawatan pergigiannya kerana simpati dengan fakrul setelah mendengar luahan hati ibu fakrul semasa fakrul berada dihospital.
Hidup sentiasa berputar, dengki, khianat sentiasa berada dalam dunia ini. Bagaimanapun tuhan maha adil dan si jahat akan mendapat balasannya. Fakrul akhirnya menjadi bahagia bersama suhaida.

Wednesday, May 23, 2012





siapa ini....

                 Salam semua , oleh kerana terlalu sibuk untuk menceritakan dan menyambung cerita lama kerana terlalu banyak komitmen diluar sana. untuk pengetahuan anda semua. saya baru sahaja habis persembahan teater di istana budaya. apakah watak saya bawa ialah seperti gambar diatas. Bukan senang hendak mencapai target dan untuk berjaya membawakan watak tersebut kerana saya perlu melakukan perubahan yang sangat besar dengan bergaul dengan orang yang berhati lembut dan halus. dari segi percakapan juga amat lain sekali, selalunye saya suka memandang serong terhadap mereka yang seperti ini, ternyata diluar sangkaan saya mereka ini adalah sama seperti manusia lain. saya puji mereka kerana mereka sangat bersopan santun sebenarnya, kelembutan mereka adalah keluar dari sikap yang angat sopan santun. boleh kata wanita pun kalah la, dan kelantangan mereka lebih mengatasi lelaki, ketegasan mereka sangat tinggi, komitmen mereka juga superbbb...

            Banyak nilai-nilai murni daripada mereka telah disalah ertikan dari pihak kita kerana terlalu memikirkan nilai negatif pada mereka. Namun percayala, saya telah membuat kajian untuk mendapatkan watak ini selama beberapa bulan dengan tinggal serumah dengan mereka dan akhirnya saya berjaya membawa kesan yang berlainan dalam diri. Apepon, pucuk pangkalnya..janganlah kita memandang negatif pada mereka, kerana mereka juga adalah insan seperti kita dan naluri mereka adalah manusia. Selamat membaca...^_^


Sunday, March 11, 2012

aku over!!!



Aku over ???

         Aku over kata kau?haa....mang over pon..!KAU ADA!!!!ahaksss....ketawa mengilai aku melayan karenah orang sekeliling aku nih ha....of coz la, aku kn berjiwa halus bak kata sains jiwa saintifik...hahahahhaha..kannnnnnn..betul la tuh kan...mana ade manusia kat dunia ni sempurna. Aku juga macam korang jugak...ade hati,perasaan,nafsu,perangai comel dan perangai tidak comel. Sekurang2nya aku mengaku kan..korang ade????tak ade kan...

         Orang2 macam i ni memang macam ni, berjiwa saintifik...means halus....hehehe....tapi kan,sekali sekala kita orang pun nak jugak nampak maskulin kan, pernah lah cuba nak jadi maskulin. Satu hari i pergi la gym kan...and then i tak tahu acaner nak mulakan..uollz taw i wat aper...1st time kt situ uollz,i terpesona tengok abang2 katang sedang bersenam...eeeeeuuuwwwWWWW...geramnyer uollz...rase nak peluk jer diorang tuh kan...astagfirullah hal azimmm....:).

         Tapi itu semua membuatkan aku lebih bersemangat, janganlah uollz salah faham pulak..faham ke tidekkkk!!!hehehehehe....and then,bila aku pergi hari kedua kan uollz...aku dah tahu la kann kat mane nak start coz aku da banyak mintak tunjuk ajar dari abang2 katang kat saner tuh...bukan xde trainer cume aku saje jer nak mengade dengan diorang uollz...hikhikhik...aku kan over..:P

         Haaa.....sebenarnye aku tidaklah seperti yang uollz rasekan,sebenarnye aku cume ingin masuk ke kasut yang dimana orang yang mempunyai naluri lembut berada, so aku terpaksa empty kan diri aku demi mengetahui ape perasaan diorang, so sekarang aku sedar yang sebenarnya diorang ni sangat baik dari sangkaan kita. Mereka ini kebanyakan semua tidak meyusahkan diri masing2 malah mengambil berat sesama sendiri. So, janganlah uoolz pandang rendah kepada diorang kan..sudah tersurat diorang mempunyai naluri kearah kewanitaan. Apa2 hukum janganlah kita terlalu gelojoh hendak terus menuding jari kearah diorang keran 4 jari lagi menuding kearah kiter taw..ok selamat mengEMPTYkan diri anda dan selami jiwa orang sekeliling anda.salam sayang..lasiaf dhom...

Monday, March 5, 2012

namaku salleh



Namaku salleh





                Namaku salleh dan nama manja aku sally, umur aku 26 tahun. Aku tinggal dikampung durian runtuh, aku bekerja dikampung. Pelbagai kerja aku buat seperti mengandam, membuat barang hantaran, dan pelbagai kagi kerja kampung. Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki tetapi naluri aku lebih kepada perempuan. Mungkin semasa ibu aku mengandungkan aku dia terlalu mengimpikan anak perempuan dan apabila aku lahir aku adalah seorang lelaki.


                Namun aku dibesarkan seperti biasa Cuma masa aku kecil aku terlalu dimanjakan seperti kanak-kanak perempuan. Dari  itu telah membuatkan aku cenderung kepada naluri wanita. Aku selesa begini, dan aku tidak suka disindir. Aku suka makan laksa dan suka minum air bali. Aku sukakan warna yang indah seperti merah jambu, ungu, dan hijau. Semua warna ini memberikan pemandangan yang indah dimata aku. Aku tidak berpakaian wanita, aku tetap memakai pakaian lelaki dan Cuma cara aku sahaja yang mempunyai lenggok seperti wanita manja.


                Aku suka cara aku, aku mempunyai pinggul yang cantik, badan yang agak tinggi, dan aku merasakan aku mempunyai jari jemari yang cantik serta kulit aku yang halus bersih, aku tahu ramai perepuan diluar sana cemburu dengan kelebihan yang ada pada aku. Dalam kampung durian tunggal, aku terpaksa mengawal naluri keperempuanan aku, walaupun aku berperwatakan lembut. Aku sama seperti lelaki lain yang mempunyai perasaan pada perempuan namun aku tidak mempunyai keberanian seperti itu dan aku terpaksa menyembunyikan perasaan aku. Aku sangat senang berkawan dengan wanita kerana aku sedar mereka sangat memahami jiwa aku dan mereka juga sama seperti aku ingin dilayan dengan baik dan lemah lembut.


                Aku selalu diusik oleh penduduk kampung kerana sifat aku ini yang kearah wanita. Di kampung ini, orang yang seperti aku menjadi perhatin kerana aku seorang jer yang macam ni. Dan sekarang aku sudah selesa kerana mereka pun sudah anggap aku macam manusia lain. Aku pernah ingin berubah menjadi lelaki sejati namun aku tidak boleh melawan naluri aku, aku akui aku masih lelaki dan memiliki sifat lelaki yang lain Cuma aku sangat berlemah lembut.  Namun sekarang aku selesa sengan diri sendiri dan mereka pun sudah selesa dengan aku.


AKU MEMANG OVER..KAU ADA!!!! AHAKSSSSZZZ....

Tuesday, February 28, 2012



soalan teka teki....


soalan 1: apakah semakin dibasuh semakin kotor?










soalan 2 : binatang apakah duduk bila berdiri,duduk bila tidur dan duduk bila sedang duduk???