nuffnang-ads

Saturday, May 9, 2015

pengemis cinta





sejak dari hari itu, hatiku penuh dengan kekeliruan. puas sudah dipujuk hati ini agar melepaskan segala yang terpendam dalam hati. pergi ke mana-mana bukit atau tempat yang lapang and jerit...AKU RINDU PADAMU.........tapi mengapa perlu dibangkitkan segala kekeliruan itu kerana sudah ternyata tiada ertinya lagi. mungkin pertemuan semula itu akan lebih merumitkan hati yang lara ini. 

sudah bertahun aku menunggu, tak kunjung tiba namun akhirnya pertemuan itu telah diaturkan semula. tapi kadangkala, kekeliruan itu bagaikan sebuah mimpi sukar yang selalu malanda kedamaian di malam hari dikala mata ingin berehat.

memang aku rindu...siapa kata aku tak rindu..sesunguhnya rindu itu terlalu kuat namun aku kesal memikirkan adakah rindu aku ini berbalas atau hanyalah rindu layangan diriku sahaja...bukan sekali dua hati aku merindu tapi berkali-kali aku menderita dek kerana rindu.aku benci rindu.

tapi apa yang aku rasa kita memang tidak ditakdirkan bertemu sama ada tiada kejujuran dalam dirinya atau diriku dan disebabkan itulah kami tidak akan bertemua selamanya. hati yang menagih cebisan rindu umpama pengemis yang menagih sesuap nasi.boleh juga dikatakan sebagai pengemis cinta.