nuffnang-ads

Sunday, September 22, 2013

welcome 2013


lebih sukar apa yang dijangka, berat untuk bercerita, tapi lebih mudah untuk dikongsikan kerana hidup perlu ada matlamat. dalam hidup ini pasti dugaan akan datang untuk mematangkan atau untuk memberi kita pengajaran, kuat dan tabah itu yang diperlukan untuk mengharungi semuanya.


kadangkala ia datang terlalu cepat dan kadangkala ia datang dengan mengejut dan bertali arus, hanya hati yang menanggung perasaan itu semua dan tidak bermaksud diri ini mampu menahan, cuma doa dan kekuatan rohani yang dipohon dari ilahi dapat memberi kstabilan perasaan.

Wednesday, June 12, 2013

konklusi diri

konklusi diri






disebabkan apa aku jadi begini,ini adalah kerana aku ingin hidup seperti manusia yang lain, tidak kaya tetapi senang. aku mencari kerja part time sebagai pelakon, kadang kala ada, kadang kala tiada. terasa diri ini ingin menjadi anak seni kerana minat itu sudah lama hadir dalam diri, bukan hanya untuk pentingkan cita2 sendiri, cuma dalam masa yang sama ingin menambahkan punca pendapatan agar aku boleh teruskan hidup ini. aku sedar dengan level aku sekarang dalam bidang seni, hanyalah watak korus yang aku perolehi tetapi aku sabar, diam bukan bermakna aku mengalah, cuma aku terus berfikir macam mana untuk mendapatkan watak pembantu atau yang lebih dari korus.

aku hanya mampu berdoa kepada allah agar apa yang aku impikan dan cita2 aku untuk bergelar anak seni yang berjaya tiba suatu hari nanti. walaupun sekarang namaku hanya sekadar dipinggiran, aku akan cuba menyusun langkah dalam ruang ini agar nama aku sekali lagi disebut untuk menjadi sebahagian dalam dunia seni yang aku cintai.