nuffnang-ads

Sunday, September 27, 2015

FEAR FACTOR SELEBRITI DAN PEMINAT




               Pasti ramai yang tengok kan rancangan hiburan sensasi ni dan pasti ramai yang ingin turut serta. Secara kebetulan atau tidak sengajakan aku telah pun JOIN rancangan ini. Pada mulanya aku memang tak nak masuk pun sebab pada masa itu isteri aku sedang sarat.
Bila diiklankan di TV aku terdetik la jugak nak join la… aku pun ada cerita kat wife aku, saying…abang rasa abang nak masuk fear factor la..boleh tak…”masa tu wife aku cakap ikut abanglah sedangkan dia tengah sarat mengandung, dan didalam kepala otak aku satu je…..kalau aku apply pon belum tentu dapat….hahahahaha…”.
               Selepas itu aku terus menjalani kehidupan normal aku sebagai Mohd Faisal. Kerja macam biasa, makan macam biasa, bersukan macam biasa, isteri macam biasa, dan hamper semua macam biasa.” Sebenarnya waktu ini banyak cabaran yang aku hadapi tetapi kat sini aku nak cerita yang seronok jer sebab cabaran aku adalah untuk aku dan aku percaya semua orang ada waktu sukar masing-masing yang tak dapat diceritakan, yelah kan..buat ape kita nak cerita yang susah-susah…kat sini kan nak seronok jer..hahahahaha”.
              Masuk semula jalan cerita utama. Banyak soalan yang aku dapat…… terutama mereka yang rapat dengan aku, macam mana kau boleh masuk Fear Factor? Macam mana kau boleh nak join Fear Factor? Macam mana ko masuk? Macam mana kau apply? Dan jawapan aku untuk semua soalan itu ialah…..jeng jeng jeng!!!!
Ini jawapan aku untuk semua soalan itu…..mula-mula aku applyseperti semua orang apply…sebab kat astro kana ada syarat-syarat penyertaan fear factor….

1. Nyatakan nama penuh dan umur pada permulaan video penyertaan.
2. Mengapa anda mahu menyertai Fear Factor?
3. Namakan tiga peserta selebriti kegemaran anda dan nyatakan mengapa anda ingin berpasangan dengan mereka?
4. Apa yang akan anda lakukan dengan wang jika anda menang?
GARIS PANDUAN PERYERTAAN PROGRAM FEAR FACTOR MALAYSIA
1. Garis Panduan Mengisi Borang Penyertaan:
a) Muat turunkan Borang Penyertaan
b) Isikan borang penyertaan dibawah dengan terang. Sila ambil masa dan jawab setiap soalan sepenuhnya. Sila jawap setiap soalan secara betul.
c) Pada ruang muat naik online (online uploader) isikan nama and nombor kad pengenalan anda
d) Kepilkan borang penyertaan pada ruang muat naik online (online uploader)
e) Kepilkan gambar penuh diri anda (180 pixels x 180 pixels in 72 resolution dpi) pada ruang muat naik online (online uploader)
f) Muat naikkan video anda pada ruang muat naik online (online uploader)
g) Tekan butang “Hantar”
2. Garis Panduan Penyerahan Video
a) Rakamkan video tidak melebihi 2 minit atau melebihi 30MB mengenai diri anda dan jawab soalan-soalan berikut:
• Mengapa anda mahu menyertai Fear Factor?
• Namakan tiga peserta selebriti kegemaran anda dan nyatakan mengapa anda ingin berpasangan dengan mereka?
• Apa yang akan anda lakukan dengan wang jika anda menang?
b) Pastikan wajah anda dapat dilihat dengan jelas dan audio rakaman anda jelas
c) Pastikan anda menyatakan nama penuh dan umur pada permulaan video anda
d) Muat naikkan video anda melalui kotak muat naik yang terdapat di akhir borang penyertaan
e) Setiap video mesti mengikut peraturan yang tertera pada Terma dan Syarat Peraduan . Video yang didapati menyinggung perasaan, lucah, tidak senonoh atau tidak wajar terhadap Pengajur dan/atau Astro akan disingkirkan dengan serta-merta
Haaaaaaa !!!!! inilah syarat-syaratnya….nanti aku akan ceritakan lagi melalui gambar-gambar seterusnya.thanks sudi baca.