nuffnang-ads

Saturday, September 29, 2012






Ugly duck

Fakrul berang kerana sering diusik oleh rakan-rakan tentang giginya, namun dia tidak mampu berbuat apa kerana sudah takdirnya begitu. Dia berazam untuk mendapatkan rawatan pergigian dibandar namun pada siapa dia mahu mengadu dan meminta bantuan keewangan.
Walaupun begitu, fakrul sangat handal bermain bola dan dia mempunyai seorang rakan karib iaitu zakwan. Zakwan adalah sepupu fakrul dan hanya zakwan yang tahu perasaan fakrul. Mereka amat karib sehinggakan mereka berdua digelar belangkas, zakwan sering mempertahankan fakrul sekiranya dia diejek oleh rakan-rakannya.
Dalam kelas juga fakrul sering dimalukan oleh gurunya dan menggelarkannya pak memerang, hanya tuhan saja yang tahu apabila dipermainkan dan dimalukan oleh gurunya sendiri. Fakrul mula meyimpan perasaan dendam dalam dirinya kerana sering diherdik.
Fakrul sangat rajin ke masjid, ini bukan kerana ayahnya adalah imam tetapi kerana dia telah diasuh oleh bapanya, dia selalu bermohon kepada ALLAH agar beliau juga dapat hidup selesa seperti orang lain tanpa memikirkan diejek dan diherdik selalu.
Fakrul meminati suhaida,namun suhaida sangat jelita. Umpama enggang dengan pipit jika mahu dibezakan dan suhaida adalah anak kepada ketua kampung. Fakrul hanya memendam rasa sahaja kerana dia tahu suhaida tidak akan mempedulikan perasaannya.
Suhaida simpati dengan fakrul yang selalu diejek disekolah dan dia berharap suatu hari nanti semuanya akan berhenti kerana dia sedar fakrul juga manusia seperti orang lain yang punya hati dan perasaan.kadangkala suhaida merasakan fakrul sangat comel dengan gigi arnab didepan dan merasakan fakrul adalah budak lelaki yang paling comel. Fakrul berketurunan kacukan cina,melayu dan pakistan dan berasal dari kelantan.
Fakrul terpilih mewakili pahang dalam acara bola sepak peringkat sekolah dan semua itu menjadi kecoh bagaimana si memerang dapat terpilih. Ramai yang tidak senang dengan keputusan itu. Bagaimanapun, Fakrul tidak pergi ke sana atas perbuatan dengki khianat Amin yang menyebabkan Fakrul kemalangan dan patah tulang kanan tangannya.
Hasrat untuk mengharumkan nama negeri tidak tercapai. Namun si jahat mendapat balasan. Hidup Fakrul berubah selepas dikeluarkan dari hospital, ada seorang doktor ingin menanggung kos rawatan pergigiannya kerana simpati dengan fakrul setelah mendengar luahan hati ibu fakrul semasa fakrul berada dihospital.
Hidup sentiasa berputar, dengki, khianat sentiasa berada dalam dunia ini. Bagaimanapun tuhan maha adil dan si jahat akan mendapat balasannya. Fakrul akhirnya menjadi bahagia bersama suhaida.