nuffnang-ads

Monday, October 17, 2011

dUniA pLaSTik


putih yang bersih
hitam yang gelap
kelabu mewarnai
jiwa dan lara

semakin diterap
 nilai yang suci
semakin ketandusan
ikhlas dari hati

diluar nya merah
didalamnya biru
diluarnya parah
didalamnya rindu

pedih memukau
luka berdarah
sejuk membeku
hati yang sayu

gelora hati
sang teruna
memikat idaman
si dara jelita

rumitnya kasih
meminta-minta
luahan kata
tak sampai-sampai



Friday, October 14, 2011

C I N T A ???? berfikir sejenak.....



hidup pasti akan berubah,mungkin dalam setiap minit, setiap saat , malahan setiap detik. begitu juga dengan perasaan, perasaan sayang,kasih,rindu pasti akan berubah pada setiap orang. tapi jika kita mempunyai keteguhan dan ketetapan hati paasti semua itu tidak akan berubah.hanya diri sendiri yang menentukan perubahan itu. jika berkaitan cinta kita mesti berfikir dari pelbagai aspek.tapi selalunye dalam cinta selalunya lelaki akan disalahkan walaupun lelaki itu tidak bersalah.ini kisah yang harus difikirkan kepada dua pihak iaitu lelaki dan perempuan.siapa yang lebih ikhlas dalam bercinta.cube kita fikir sejenak.cukup!!!!!!!tidak perlu fikir lame--lame kerana kedua-dua nye same. sebenarnya peranan itu ada pada kedua-dua pihak.tidak boleh salahkan satu pihak.kadang-kadang lelaki wat hal dan kadang-kadang perempuan pun buat hal.orang kate jika kita melabur kita mesti menanggung risiko kerugian dan perlu mengharap keuntungan . dalam cinte ini pun same konsepnye dengan pelaburan kadang-kadang berkekalan ke alam perkahwinan,justeru itu kita perlu fikir adakah berbaloi jika kite melabur kerana dalam cinta membabitkan dua faktor kerugian dan main saham satu kerugian sahaja.dalam saham wang kite hanya akan rugi tetapi dalam cinta mase n wang kita dipertaruhkan.setakat ni je la yer.ape-ape komen sila beritahu yer..............
 ·  ·  · Share · Delete

Tuesday, October 11, 2011

ikatan



tiada niat menjulang cinta...
tiada niat memulakan cinta..
cinta hadir dengan rela..
tanpa dipaksa membuka kata..

seraut wajah sering terbayang..
sehalus suara selalu dikenang..
cinta yang manis menjadi kuasa..
sepasang hati yang romantis..
hadirnya sangat terlalu pantas...
dengan kata-kata terluah madah..

aku cinta padamu...
aku juga syang padamu..
itu luahan janji yang manis..
apakah itu erti akan bersatu..

cinta bukan barang mainan..
boleh dibeli dipasar harian.
cinta hadir terlalu indah..
menjadi ikatan dua hati...

tidak perlu diucapkan lagi..
jika diri sering dibayangi ..
hanya hati menjadi kunci..
ikatan suci sepanjang hayat,....

merintih janji palsu


awan memutih..alam menghijau...
rindu sang bayu berlalu pergi,
hujan merintih disubuh hari,
malam yang sepi dibayangi sunyi,
rintih sang pungguk janjinya bulan,
tiada penulis,tiada pendengar,
hanya janji pada kata-kata,
terbawa pergi mengikut angin,
senyum semalam sudah berlalu pergi,
sedih dihati hanya yang tinggal,
segala dikata,hancurkan impian,
memegang janji tanpa...pegangan,
air mengalir,tiada hujungnya..
walau dicincang tiada putusnya,
seumpama itu...janjimu padaku,
hanyalah janji manis,janji palsu...
ku teruskan perjuangan...
kudambakan ketenangan..
ku...relakan atas pembohongan,
yang telah engkau,
tuliskan.......

Cinta

pertama kali...
aku rasa cinta...
tetapi lain dari biasa...
rasa terjauh...dari nyala cinta..
cuba dekat..cuba rapat..makin jadi kelat...
tetapi aku...percaya cinta....
akan datang jua....bila sampai masa...

mungkin bukan dia...adi ahus cinta..
mungkin hanya dia...adi ahus cinta...
aku cuba..percaya cinta..kerna adi ahus cinta...
apakah cinta itu..ada...nya penghujung..
apakah itu rindu...penyambung cinta kita...

adi ahus cinta....penyeri rindu kita...
adi ahus cinta....semanis intan permata...
bukan senang..
bukan mudah...
hanya takdir adi ahus cinta...
walau tidak berpenghujung....
janji cinta kita...ku percaya dia...ku yakin cintanya...
janji cinta kita...indah selamanya...hahhahahahaha...
walau hanya di hati...semadi di sanubari...

itulah janji
itulah kata...
ltulah adi ahus cinta.....
adi ahus cintaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Tuesday, May 31, 2011

kelebihan bulan rejab



Kelebihan Bulan Rejab
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan. 

dirimu

tak pernah
dan tak akan
jika egomu terlalu tinggi
cuba aku fahami dirimu
curiga aku terlalu pasti
kerana dirimu terlalu palsu
susah untukku mengenali
pandai kau mengesyaki
dirimu sedang aku perhati
aku cuba...memahami...
perasaan dirimu itu
namun kau tidak mengerti
tulus ikhlas dalam hati ini
kau sering menyingkirkan aku
kerana hatimu telah dicuri
dari insan yang kau harapkan
aku cuba sedarkan diri
bahawa kau takkan aku miliki
khayalan membawa diri
ke dalam hidup nan sepi

akulah diriku

memang
tidak sebaik sebelumnya
namun,tak pernah minta dibandingkan
hanya.ingin dirimu
menyayangi diriku
untuk memulakan
perhubungan baru ini

aku,tak bisa
menjadi...insan yang sempurna
hanya,bisa menjadi diriku
kapan,..juga tak akan bisa
hanya ...mampu memperbaiki
jangan...mengharapkan yang lebih

aku...sedar dengan diriku
aku..cuba untuk yakini dirimu
aku..sangat sayang padamu
jika..aku bukan pilihanmu
aku...akan pergi
menjauh...dari dirimu
jauh...darimu....

permainanmu

waktu pertemuan dulu
aku...sering bersamamu
didalam sukar juga senang
kita bergerak seiring
didalam pahit mahupun getir

kita aslanya dari tempat berbeza
kita asalnya dari sudut yang sama
mencari ilmu berjuang bersama
kita cuba mengenali erti hidup
saling tukar pandangan
mahupun bertukar rintihan

kita harung arus perjalanan
engkau...tersalah jejak
biarkan dirimu diambil kesempatan
engkau terus terleka
tanggapan dirimu hanya kau yang benar
aku rindu padamu teman
persahabatan terus berenggang

kerana kita
sudah tiada
persefahaman.....

gema resah

teruja
pabila hati berbunga
pabila diri dikuasai
harapan cinta

ooo...ooo...benarkah cinta
hatiku kini tidak menentu
menanti saat itu
saat yang aku tunggu
saat indah
dalam hidupku

walaupun 
tidak pernah ku lihat
ku harapkan lebih dari semua itu
mengapa
aku teruja
mungkin kerana

aku terlalu mendambakan cinta
resah....sedikit risau
cinta tidak dapat disambut
cinta tidak dapat kembali
cinta palsu akan kembali

resah....hatiku
tak dapat dinafikan lagi

pencarian


sukarnya mencari
hati, yang suci
sekian lama aku mencari
namun...amat payah
mencari hati yang suci

perlukah...diredah rimba nan duri
ku tahu...tidak semudah yang dikata..
takut pada tragedi
diri ku tidak berani
berdepan dengan
senyuman gadis kini

mereka terlalu egois
mementingkan diri
sukar untuk aku mendekati
ingin aku berani
mencuba jadikan kekasih

namun
masa yang aku perlukan
untuk kembali menjadi berani

lalu
percubaan disaluti kata-kata cinta
manis rupanya yang indah
terpahat sudah pada kata-kata
dari jauh aku terlalu berani

semakin hampir
hujan peluh menuruni dahiku
hati kecil tergelak sendiri
ini sketsa hidupku
hati ingin dikasihi
masih mencari bunga ditaman
untuk meneman kumbang
agar hidup bersinar pelangi

Sunday, May 29, 2011

hari ini




diriku,
terasa ingin bercinta,
terasa ingin dibelai,
inginku,
menyayangi..
seorang gadis,
yang mempunyai hati,
hatiku,
terasa ingin bercinta,
terasa ingin mengenali,
oh....dirimu,
pertama kali,
aku mengenali,
insan semanis mu...huuuu.....
ku kelu,
lidah aku terkelu,
umpama terkunci,
di sudut hati,
ingin menyatakan,
aku suka kamu...
dirimu,
membuatku,
ingin bercinta lagi,
pada hari ini....

selamat tinggal


ku lepaskan segala..
yang terpendam..
dalam hatiku..
ku tak mahu lagi..
membebani perasaanku..
kerana dirimu..
amat ku cintai..
apa guna berteman..
sedang hatiku terluka..
lebih baik dibiarkan..
putus segalanya...
tanpa apa-apa..
jika hadirnya dirimu..
hanya untuk..
melukakan hatiku..
bagimu..
diriku sangat dibenci,
sangat mustahil untukmu,
menyayangi diriku,
ku berdoa,
agar kau bahagia,
walaupun diriku,
terus terluka,
ku harap ku akan,
terrlepas dari mengingatimu,
yang membawa,
kekecewaan padaku.....

Tuesday, May 24, 2011

terkesima



lalu...
aku pergi memulakan langkah....
perginya mencari arah dalam kegelapan....
bertongkatkan ranting yg kepatahan...
berbekalkan airmata tangisan....
sedang aku...
berjalan menuju tanpa arah...
harapan cahaya menanti disana...
kerana mencari begitu sukar...
namun begitu ku teruskan jua...
sejenak...
semua kenangan begitu pantas...
memenuhi imaginasiku setiap saat...
fantasiku berlari bersama khayalan...
mengharap mimpi muncul dalam jaga...
bermula...
pengisian kosong yang dipenuhi...
dari satu menjadi dua...
dari tiga menjadi empat...
penyambungan seterusnya masih...belum pasti...
mengalir air membawa semua...
yang berada didalam alirannya..
begitu juga dengan kita...
masa membawa sejarah kita..
ditinggalkan kenangan dalam jiwa...
semoga kesan menjadi tamparan...
rajuk sang lebah madu diambil...
rajuk manusia sukar difahami...

Sunday, May 22, 2011

keinginanmu ku turuti





pernah...

tidakkah kau sedar...
selama ini...
apa yang kau rasa...
apa yang kau ingini..
selalu aku turuti..
pernah...
aku mungkiri...
pernah ...
aku melupakan..
segala hajatmu...
segala keinginanmu...
pernah...
kau mengucapkan kata..
terima kasih padaku...
penghargaan pada diriku...
terukkah...
cara ku melayanimu..
cara aku menyayangimu..
cara aku mendekatimu...
cara aku memenuhi keinginanmu...
sedarkah....
aku telalu menurutimu..
aku terlalu memanjakanmu..
aku terlalu mementingkan dirimu...
tapi..
apakah balasanku..
apakah takdirku...
apakah perasaanku...
kesengsaraan ku peroleh..
kesedihan ku peroleh...
kesepian..
sepanjang penerusan hidupku....

Thursday, March 24, 2011

Sakit...




seluruh jiwa sakit...
seluruh alam tahu...
betapa hampanya perasaan hati aku..
betapa hancurnya hati aku...
susah sangat ker nak bagi orang faham..
susah sangat ker nak bagi orang tahu...
aku bukan lah manusia sempurna..
cuba faham..aku manusia biasa...
yang masih perlu banyak belajar..
perlu banyak menghadapi...
pelbagai situasi...pelbagai masalah...
aku juga ada hidup aku sendiri...
please....aku manusia biasa...
ada hati..ada perasaan..
ingin menyayangi dan disayangi...

Tuesday, March 22, 2011

Seruan




adik...dilaungkan ibu..
setiap subuh...bergema...
suara setiap penjuru....
mengejutkan anaknya..

yang lena diulit mimpi..
bangun anakku...
menyembah yang maha Esa.
Suara ...itu,amat dirindui...

tatkala mata..jauh dilihat...
hanya suara..jadi igauan...
membuatkan hati terasa dekat...

Ayah..
mengurku sepanjang masa..
ke masjid agar kaki melangkah..
mengikut jejak langkah imannya..
agar hidup berpenjurukan kaabah..

hidupku...
sentiasa dambakan kebebasan..
tanpa kenal erti kepenatan..
selalu terarah ke lorong hitam...

Suara...
syaitan menjadi ikutan..

Ya Allah...
ampunkan segala dosaku..
Ya Allah...
aku sesat dalam terang..
aku sesat dalam cahaya..
tunjukkan jalan kebenaran..
agar bersuluh didalam terang...

Tangisan didengar...
tiada lagi...suara..
disubuh hari..
tiada lagi..suara..
menegurku..kaku..
dan, tiada lagi berdaya..

tidak..kenal akan usia..
ditarik..tanpa notis kata..
datang dan pergi...
sekelip mata..
insaflah..
teman seperjuangan semua.. 

Sunday, March 20, 2011

Only Me


indeed ...
not as good as the previous
However, never ask for than
just, like yourself
love me
to start
This new relationship
I was not able to
the perfect human
only, i am what i am
when, also can`t
only, can improve
don`t
expect more
I am aware of myself
I tried to believe in yourself
I really love you
where, If i not the one
I will go
away
of yourself
far
from you

Friday, March 18, 2011

serpihanmu





arahku..kini sudah berubah....

arahku...kini sudah berarah...
arahku...tanpa penunjuk...
aku...terus menunggu...

berharap...jawapan darimu...
agar..aku tidak berpaling...
arah..menjadi putus asa...
aku...ingin kepercayaan darimu..

agar...akulah pilihanmu...
ntuk...tidak terlepas dariku..
aku...cuba memilikimu...
namun...tidak semudah itu..
kamu...tidak mempedulikanku...

kamu...sudah rasa jemu..
pada..lelaki sepertiku..
aku...semakin keliru..
terus...aku pun membisu...

mungkin..bukan tuk kali ini..
kamu...kan menjadi milikku...
lirikmu...bermain di minda ku..
jauh...kau pergi dariku...

indah...mimpi bersamamu..
kamu...........

Thursday, March 17, 2011

berkata lah diri ku pada hatimu




sedar dari mula...
saat hari itu...
semua yang berlaku...
sepantas kerdipan matamu...
terhembus kata dari madah..
berbicara tentang hatimu....
apabila diri mengerti...
kamu...dalam hatiku..
sukar..untuk ku meluahkan..
kerna....perasaan hatiku..
tapi....diriku takut..
akan hilangmu selalu..
cuba...untuk aku bermula...
tanpa...mengeluarkan suara....
dengan ...hati mu ku usik...
aku.....memainkan lagu...
cuba....meluahkan sesuatu...
pada...dirimu oh sayangku...
cuba..aku nyatakan padamu...
dengan ....lagu ku kan ku tuju...
agar...sampai perasaan ku..
dalam...hatimu sayangku...
sehingga...sesuatu berlaku...
engkau...berkata padaku...

dia..pun juga begitu..
sama..seperti diriku...
benar..kata mamaku...
cuba..yakini diriku..
untuk..memulakan sesuatu...
tanpa..ada rasa jemu...
semua..pasti akan berlaku..
jika....dengan kepastian itu....

Wednesday, March 16, 2011

YoUr hEart KiLLer...: Jauh Darinya..

Jauh Darinya..




pedih

entah..sukar aku nk ucapkan..

bila aku cuba untuk menyayangi..
bila aku cuba untuk memiliki..
bila aku cuba untuk menghampiri...
saat dan ketika itu la dia pergi...

memujuk aku..
agar pergi..jauh darinya..
apa salahku..
aku juga punya hati..
aku juga punya perasaan..
masih kah ada cinta dua beza..
cinta dua negara..cinta dua darjat...
salahkah cinta jika berlaku..

walau berbeza usia,,,
cinta x perlu persetujuan bnyk pihak..
hanya perlukan dua hati yang ingin bersatu..
cinta hanya perlukan keikhlasan..
hanya perlukan kesabaran..
cinta perlukan harapan yang menggunung..
untuk memberitahu..
dua hati telah jatuh ke dalam jerat cinta..

tapi............
mengapa masih ada yang menghalangnya...
masih ada yang cemburu..
sanggup melihat dua hati berpisah dan jauh ...
itulah hakikat.....itulah takdir...
dua cinta yang xkan bersemi.....