nuffnang-ads

Wednesday, April 22, 2015

ar-rahman ayat 1

Ayat 1:

الرَّحْمَٰنُ
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

Ayat ini ada satu perkataan sahaja. Begitu hebat sekali. Allah buat begini kerana hendak kita memikirkan dan tadabbur pada makna ayat ini. Banyak sekali pengajaran yang kita boleh ambil. Setiap ketika dan masa ada sahaja rahmah yang Allah berikan kepada kita. Apabila kita membaca satu ayat ini, bayangkan apakah rahmah yang Allah sedang beri kepada kita sekarang, hari ini, semalam, minggu ini, minggu lepas dan sebagainya. Tidak terkira banyaknya. Ada yang kita perasan dan ada yang kita tidak perasan pun. Tidak akan habis kalau kita nak kira.
Dialah Tuhan yang bersifat Rahman. Dalam Quran, ada dua nama yang selalu digunakan, samada Allah atau ar-Rahman.
Selalunya, ada dua nama yang digunakan: ar-Rahman dan ar-Rahim. Tapi dalam ayat ini, hanya ada ar-Rahman. Rahman bermaksud sangat-sangat pemurah. Ia juga bermaksud present tense, bermaksud Allah sedang melakukan pekerjaan ‘pemurah’ itu. Kerana kalau kita seseorang itu seorang yang suka memberi sedekah, tidak semestinya dia sedang memberi sedekah waktu itu. Tapi ar-Rahman bermaksud, Allah sedang bersifat Rahmah semasa kita menyebut namaNya itu.
Allah menyebut salah satu sifatNya dalam ayat ini. Asal perkataan ar-rahman itu dari perkataan ‘rahmah’. Kalau kita lihat, tempat kita semasa dalam perut ibu kita pun dipanggil rahim. Ada banyak makna rahmah itu. Antaranya: sayang, kasihan, cinta, kelembutan, kemaafan. Ia juga mengandungi makna keselamatan. Ianya mempunyai makna seseorang itu diberikan segalanya itu tanpa dia melakukan apa-apa. Tanpa ada usaha apa-apa, tapi diberikan kepada mereka. Kalau kita buat kerja, memang kita layak dapat upah. Tapi itu apabila kita ada buat kerja. Dalam hal rahmah ini, tanpa buat apa-apa pun, Allah berikan kepada kita. Bayangkan semasa kita lemah dalam perut ibu kita, Allah berikan keselamatan kepada kita dalam rahim ibu kita. Dan kemudian kita dilahirkan, dalam keadaan amat lemah. Tapi Allah berikan segala keperluan yang kita perlukan untuk meneruskan hidup. Apakah yang kita telah buat untuk melayakkan kita dapat segala perhatian dari Allah itu? – Tidak apa-apa. Tidak ada amalan ibadah apa lagi pun yang kita lakukan. Kita pun memang tak boleh buat apa-apa kerana masih bayi lagi. Tapi lihatlah berapa banyak rahmat yang Allah berikan kepada kita.
Sifat rahmah bermaksud ‘penjagaan’. Selalunya ditafsirkan sebagai mercy/kasihan. Mungkin tidak berapa sesuai kalau itu sahaja makna yang kita faham. Kerana kalau kita hanya mengambil maksud ‘kasihan’, itu hanya bermaksud Allah tidak menghukum seseorang atas kesalahan orang itu. Macam tentera tawan tawanan perang dan kerana ‘kasihan’, dia tidak membunuh orang itu. Jadi, kalau itu sahaja maksud ‘rahmah’, itu baru bermaksud ‘tidak ada perkara buruk’ sahaja. Itu adalah satu tafsir yang terhad, tidak seperti yang sepatutnya. Tapi maksud الرَّحْمَٰنُ lebih lagi dari itu. Nama sifat ini merujuk kepada sifat yang menjaga segala keperluan makhluk. Kita semua memerlukan rahmat Allah untuk hidup dalam dunia ini. Dari dalam perut, sampai kita mati. Macam bayi dalam perut memerlukan rahmah dari Allah. Allah beri penjagaan kepada bayi itu kerana bayi itu tidak mampu menjaga dirinya sendiri. Nak minta tolong pun tak boleh. Maka, tanpa minta tolong pun Allah telah berikan segala kemudahan kepada bayi itu. Itulah setakat yang kita mampu jelaskan tentang maksud rahmah itu. Kita tentu tidak akan dapat memahami keseluruhan maksud nama الرَّحْمَٰنُ ini kerana kecetekan ilmu kita dan kerana kekurangan akal kita sebagai seorang manusia.
Itulah pemberian Allah dalam bahagian pertama surah ini – Allah beri kita Quran, kebolehan bercakap, alam yang begini luas dan sebagainya lagi – semua itu tanpa ada apa-apa usaha amal dari kita.
Selain dari diberikan pemberian tanpa apa-apa usaha, ada juga pemberian yang diberikan kepada makhluk atas usaha amal mereka. Ini disebut dalam bahagian kedua surah ini – Allah berikan syurga, segala apa yang ada di dalamnya, dengan bidadari dan sebagainya – ini adalah jenis pemberian yang Allah berikan atas usaha baik yang mereka telah lakukan semasa di dunia. Mereka layak mendapat segala pemberian itu. Jadi, ada dua jenis pemberian yang Allah berikan kepada kita – yang diberikan walaupun kita tidak ada apa-apa usaha dan satu lagi yang diberikan kepada kita atas amal kebaikan kita semasa di dunia.

Allah memulakan surah ini dengan memperkenalkan sifatNya ar-Rahman, kerana dalam surah ini akan disebut berkali-kali pemberian yang diberikan kepada makhluk. Kemudian Allah akan tanya balik – manakah nikmat Allah yang kamu tidak mengaku.

TERJEMAHAN SURAH

Surah Ar-Rahman Bahasa Arabسورة الرحمن) adalah surah ke-55 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surat Makkiyah, terdiri atas 78 ayat. Dinamakan Ar-Rahmaan yang bererti Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar-Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Ar-Rahman adalah salah satu dari nama-nama Allah. Sebagian besar dari surah ini menerangkan kepemurahan Allah SWT. kepada hamba-hamba-Nya, iaitu dengan memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga baik di dunia maupun di akhirat nanti.
Ciri khas surah ini adalah kalimat berulang 31 kali "Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban" (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?) yang terletak di akhir setiap ayat yang menjelaskan nikmat Allah yang diberikan kepada manusia.
Keimanan
  • Allah mengajar manusia pandai berbicara
  • Pohon-pohonan dan tumbuh-tumbuhan tunduk kepada Allah
  • Seluruh alam merupakan nikmat Allah terhadap umat manusia
  • Manusia diciptakan dari tanah sedangkan jin dari api

Hukum-hukum
  • Kewajiban mengukur, menakar, menimbang dengan adil.
Lain-lain
  • Manusia dan jin tidak dapat melepaskan diri dari kekuasaan Allah s.w.t.
  • Banyak dari umat manusia yang tidak mensyukuri nikmat Tuhan
  • Peristiwa tentang hal-hal yang akan terjadi dan hal-hal itu benar-benar terjadi seperti tentang Terusan Suez danTerusan Panama.

Pengenalan:
Ini adalah salah satu surah yang popular. Ianya adalah surah Makkiah – diturunkan di Mekah. Ada juga yang mengatakan ianya adalah surah Madinah. Tapi kalau dilihat dari subjek yang disampaikan dalam surah ini, ianya lebih sesuai sebagai Surah Makkiah. Diturunkan di hujung-hujung waktu Makkah. Surah ini selalu dibaca oleh imam-imam di masjid dan surau. Surah ini mengingatkan kita tentang nikmat-nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Jadi, elok kalau baca surah ini apabila kita baru dapat nikmat dari Allah.
Surah ini ditujukan kepada semua manusia, bukan kepada orang Islam sahaja. Macampress release kepada semua orang. Oleh itu, sebagai orang Islam, ianya adalah tugas kita untuk menyampaikannya kepada orang kafir yang tak baca Quran. Atau orang Islam, tapi tak baca Quran.

Surah ini diturunkan setelah berlalu sekian lama Nabi Muhammad menyampaikan dakwahnya. Bertahun-tahun Nabi dah dakwah kepada umatnya, bangsa Arab. Ada ayat yang diulang-ulang dalam surah ini. Kenapa ayat itu diulang-ulang? Pertama, ini untuk menekankan sesuatu perkara. Banyak cara penekanan digunakan dalam Quran untuk menekankan sesuatu dan salah satunya dengan mengulang-ulang ayat. Keduanya, kerana mereka degil sangat, dah lama dakwah tak dengar juga, maka kena ulang-ulang berkali-kali.