nuffnang-ads

Monday, February 13, 2017

Assalamualaikum DUNIA!

Assalamualaikum,

Kebiasaanyya di awal tahun saya akan update bloG sy yg super Pemes ini, tapi atas sedikit alasan saya teramat penuh dengan jadual kerja saya sehingga tidak sempat menjenguk bloG.

Apa kelebihan bloG ini?

anda baca anda tahu dimana nilainya.

Kenapa bloG ini macam bercelaru?

blog ini ditulis mengikut masa dan emosi penulis, ada kalanya emosi marah,muram,sedih,happy,rindu,sasterawan,kepoyoan dan lain2...jangantanya lagi sebab bloG ini menunjukkan perasaan penulis...

Siapa penulis bloG ini?
Saya....Faisal.

Kenapa kejap update, kejap tidur terus?
kerana saya bukan blogger 24jam yang mencari sumber pendapatan melalui blogging, ini hanya tempat saya menulis dan update info semasa ke semasa tentang saya.

Siapa Kamu?
Saya adalah seorang yang kuat berangan....kerana saya mempunyai terlalu banyak impian.

Untuk 2017, doakan saya kaya dunia dan akhirat kerana saya ingin berubah dari masa ke semasa menjadi khalifah yang berjaya. saya bukan ustaz saya bukan cendekiawan, saya bukan sesiapa, saya hanyalah penulis kerdil yang punyai dosa di dunia ini.


Saturday, December 26, 2015

Acah-Acah Selebriti

Ini aku bersama partner aku Bambang Soteto. Dia ni ok jer, macam semua kawan-kawan aku yang lain...tapi die ni selebriti, kawan2 aku semua noti2...kihkihkhih



                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
                   
Hai semua..this is Thanuja..The Pet Wonder Woman...hehehehe...macam comel jer kan....tapi die ni memang pencinta haiwan, semua haiwan die sayang, walaupun aku ni agak gementar dengan anjing, tapi die ni agak peramah giler dengan anjing, itu lah beza antara aku dengan Thanuja.



                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             

Ini aku acah2 berani  jer dengan ULOR ni....kemain lagi kan dapat posing dengan ULOR..wakakakakaka....aku rasa kalau bagi lagi sumpah aku tak mahu.



Ini lah yang dikatakan Hero kampung bergambar dengan Hero Malaya kan..jauh bebeno status nye tu...( sado badan kau bang )

Ini lah hero pujaan Che Ta bersama dengan Hero Pujaan Che Aju..Nampak sama tapi tak sama kan...Agak sado jugak badan die ni..but die ni ok...



ini gambar mereka yang bergelar artis dan retis...yang retis tu kat tengah2 tu...wakakakaka



Ini Rachel..orang sabah..trainer orang dalam hutan..skunk da dekat mana entah..hahaha..aku lupa la...



Ini kawan bambang..die ni stewardess sebab tu nampak lawo.....tapi bini aku pon lawo.....kerani akaun pon lawo2 wehhh..bukan stewrdess jer..kihkihkih...ape pon kerja la apepon janji lawo dalam dan luor....



ini masa aku pergi keluar minum2 dengan diorang ni semua..nanti tak join kang cakap tak bersosial langsung...so aku pon lepak la jugak sebab tak nak nampak sombong..hehehehe..aku ni lebih suka duk rumah menghabiskan masa depan imac jer.... ( jangan usha perut aku )

BIar Video Berbicara




 Ini masa atas flight nak ke Cape Town!!!



Ini masa sampai di Airport CapeTOwn   


 Ini masa menghirup udara pertama di Cape Town

Monday, November 16, 2015

Masuk Wayang Pulak






                               Tidak ku sangka muka aku akan keluar ke panggung, serius aku rasa tidak pernah terfikir untuk masuk dalam filem.....


ini adalah salah satu scene dalam tu, dimana dialog aku ialah " macam psiko ".


ini adalah filem biasan dan aku diberi watak sebagai Imri iaitu kawan baik Adam, ini adalah filem lakonan pertama aku di hadapan camera, sebenarnya inilah pengalaman sebenar yang pertama aku, agak kekok pada awalnya namun in sha Allah ade peluang lagi aku cuba perbaikinya.


mase ni aku tengah berada di dalam scene perbalahan bersama adam, dan aku kene pegang camera sendiri..cuba ko bayangkna...hahahahahhaha.....


ini adalah poster filem tersebut...


orang-orang yang terlibat dalam penghasiln filem ini. tahniah semua.



Thursday, October 8, 2015

Masuk Surat Khabar




 Hi salam jumaat semua. hari ini adalah hari jumaat bersamaan dengan hari yang tak berapa sibuk sangat di ofis, so boleh lah aku update sikit blog yang lame disimpan didalam gua ni. hehehehehhe...
ini adalah gambar yang first sekali keluar di pihak umu iaitu di surat khabar..apa perasaan aku yer..gila aku rasa macam bagus giler..gempak satu malaysia boleh nampak aku dalam surat khabar..korang bayangkanlah yer...adakah member2 lama aku perasan ni kawan diorang dulu..member sekolah rendah, sekolah menengah, budak2 poli psas....polimas...hahahaha...
tapi ini lah perasaan yang tak dapat digambarkan untuk aku kerana melalui proses ini adalah bukan mudah untuk aku melepasi tahap ini..ini adalah rezeki...yup rezeki....hehehehe....semoga semua berjaya dalam hidup dan jangan patah semangat untuk meneruskan dalam apa jua bidang yang diingini...


Sunday, September 27, 2015

FEAR FACTOR SELEBRITI DAN PEMINAT




               Pasti ramai yang tengok kan rancangan hiburan sensasi ni dan pasti ramai yang ingin turut serta. Secara kebetulan atau tidak sengajakan aku telah pun JOIN rancangan ini. Pada mulanya aku memang tak nak masuk pun sebab pada masa itu isteri aku sedang sarat.
Bila diiklankan di TV aku terdetik la jugak nak join la… aku pun ada cerita kat wife aku, saying…abang rasa abang nak masuk fear factor la..boleh tak…”masa tu wife aku cakap ikut abanglah sedangkan dia tengah sarat mengandung, dan didalam kepala otak aku satu je…..kalau aku apply pon belum tentu dapat….hahahahaha…”.
               Selepas itu aku terus menjalani kehidupan normal aku sebagai Mohd Faisal. Kerja macam biasa, makan macam biasa, bersukan macam biasa, isteri macam biasa, dan hamper semua macam biasa.” Sebenarnya waktu ini banyak cabaran yang aku hadapi tetapi kat sini aku nak cerita yang seronok jer sebab cabaran aku adalah untuk aku dan aku percaya semua orang ada waktu sukar masing-masing yang tak dapat diceritakan, yelah kan..buat ape kita nak cerita yang susah-susah…kat sini kan nak seronok jer..hahahahaha”.
              Masuk semula jalan cerita utama. Banyak soalan yang aku dapat…… terutama mereka yang rapat dengan aku, macam mana kau boleh masuk Fear Factor? Macam mana kau boleh nak join Fear Factor? Macam mana ko masuk? Macam mana kau apply? Dan jawapan aku untuk semua soalan itu ialah…..jeng jeng jeng!!!!
Ini jawapan aku untuk semua soalan itu…..mula-mula aku applyseperti semua orang apply…sebab kat astro kana ada syarat-syarat penyertaan fear factor….

1. Nyatakan nama penuh dan umur pada permulaan video penyertaan.
2. Mengapa anda mahu menyertai Fear Factor?
3. Namakan tiga peserta selebriti kegemaran anda dan nyatakan mengapa anda ingin berpasangan dengan mereka?
4. Apa yang akan anda lakukan dengan wang jika anda menang?
GARIS PANDUAN PERYERTAAN PROGRAM FEAR FACTOR MALAYSIA
1. Garis Panduan Mengisi Borang Penyertaan:
a) Muat turunkan Borang Penyertaan
b) Isikan borang penyertaan dibawah dengan terang. Sila ambil masa dan jawab setiap soalan sepenuhnya. Sila jawap setiap soalan secara betul.
c) Pada ruang muat naik online (online uploader) isikan nama and nombor kad pengenalan anda
d) Kepilkan borang penyertaan pada ruang muat naik online (online uploader)
e) Kepilkan gambar penuh diri anda (180 pixels x 180 pixels in 72 resolution dpi) pada ruang muat naik online (online uploader)
f) Muat naikkan video anda pada ruang muat naik online (online uploader)
g) Tekan butang “Hantar”
2. Garis Panduan Penyerahan Video
a) Rakamkan video tidak melebihi 2 minit atau melebihi 30MB mengenai diri anda dan jawab soalan-soalan berikut:
• Mengapa anda mahu menyertai Fear Factor?
• Namakan tiga peserta selebriti kegemaran anda dan nyatakan mengapa anda ingin berpasangan dengan mereka?
• Apa yang akan anda lakukan dengan wang jika anda menang?
b) Pastikan wajah anda dapat dilihat dengan jelas dan audio rakaman anda jelas
c) Pastikan anda menyatakan nama penuh dan umur pada permulaan video anda
d) Muat naikkan video anda melalui kotak muat naik yang terdapat di akhir borang penyertaan
e) Setiap video mesti mengikut peraturan yang tertera pada Terma dan Syarat Peraduan . Video yang didapati menyinggung perasaan, lucah, tidak senonoh atau tidak wajar terhadap Pengajur dan/atau Astro akan disingkirkan dengan serta-merta
Haaaaaaa !!!!! inilah syarat-syaratnya….nanti aku akan ceritakan lagi melalui gambar-gambar seterusnya.thanks sudi baca. 

Saturday, May 9, 2015

pengemis cinta





sejak dari hari itu, hatiku penuh dengan kekeliruan. puas sudah dipujuk hati ini agar melepaskan segala yang terpendam dalam hati. pergi ke mana-mana bukit atau tempat yang lapang and jerit...AKU RINDU PADAMU.........tapi mengapa perlu dibangkitkan segala kekeliruan itu kerana sudah ternyata tiada ertinya lagi. mungkin pertemuan semula itu akan lebih merumitkan hati yang lara ini. 

sudah bertahun aku menunggu, tak kunjung tiba namun akhirnya pertemuan itu telah diaturkan semula. tapi kadangkala, kekeliruan itu bagaikan sebuah mimpi sukar yang selalu malanda kedamaian di malam hari dikala mata ingin berehat.

memang aku rindu...siapa kata aku tak rindu..sesunguhnya rindu itu terlalu kuat namun aku kesal memikirkan adakah rindu aku ini berbalas atau hanyalah rindu layangan diriku sahaja...bukan sekali dua hati aku merindu tapi berkali-kali aku menderita dek kerana rindu.aku benci rindu.

tapi apa yang aku rasa kita memang tidak ditakdirkan bertemu sama ada tiada kejujuran dalam dirinya atau diriku dan disebabkan itulah kami tidak akan bertemua selamanya. hati yang menagih cebisan rindu umpama pengemis yang menagih sesuap nasi.boleh juga dikatakan sebagai pengemis cinta.

Wednesday, April 22, 2015

ar-rahman ayat 1

Ayat 1:

الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ُ
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

Ayat ini ada satu perkataan sahaja. Begitu hebat sekali. Allah buat begini kerana hendak kita memikirkan dan tadabbur pada makna ayat ini. Banyak sekali pengajaran yang kita boleh ambil. Setiap ketika dan masa ada sahaja rahmah yang Allah berikan kepada kita. Apabila kita membaca satu ayat ini, bayangkan apakah rahmah yang Allah sedang beri kepada kita sekarang, hari ini, semalam, minggu ini, minggu lepas dan sebagainya. Tidak terkira banyaknya. Ada yang kita perasan dan ada yang kita tidak perasan pun. Tidak akan habis kalau kita nak kira.
Dialah Tuhan yang bersifat Rahman. Dalam Quran, ada dua nama yang selalu digunakan, samada Allah atau ar-Rahman.
Selalunya, ada dua nama yang digunakan: ar-Rahman dan ar-Rahim. Tapi dalam ayat ini, hanya ada ar-Rahman. Rahman bermaksud sangat-sangat pemurah. Ia juga bermaksud present tense, bermaksud Allah sedang melakukan pekerjaan ‘pemurah’ itu. Kerana kalau kita seseorang itu seorang yang suka memberi sedekah, tidak semestinya dia sedang memberi sedekah waktu itu. Tapi ar-Rahman bermaksud, Allah sedang bersifat Rahmah semasa kita menyebut namaNya itu.
Allah menyebut salah satu sifatNya dalam ayat ini. Asal perkataan ar-rahman itu dari perkataan ‘rahmah’. Kalau kita lihat, tempat kita semasa dalam perut ibu kita pun dipanggil rahim. Ada banyak makna rahmah itu. Antaranya: sayang, kasihan, cinta, kelembutan, kemaafan. Ia juga mengandungi makna keselamatan. Ianya mempunyai makna seseorang itu diberikan segalanya itu tanpa dia melakukan apa-apa. Tanpa ada usaha apa-apa, tapi diberikan kepada mereka. Kalau kita buat kerja, memang kita layak dapat upah. Tapi itu apabila kita ada buat kerja. Dalam hal rahmah ini, tanpa buat apa-apa pun, Allah berikan kepada kita. Bayangkan semasa kita lemah dalam perut ibu kita, Allah berikan keselamatan kepada kita dalam rahim ibu kita. Dan kemudian kita dilahirkan, dalam keadaan amat lemah. Tapi Allah berikan segala keperluan yang kita perlukan untuk meneruskan hidup. Apakah yang kita telah buat untuk melayakkan kita dapat segala perhatian dari Allah itu? – Tidak apa-apa. Tidak ada amalan ibadah apa lagi pun yang kita lakukan. Kita pun memang tak boleh buat apa-apa kerana masih bayi lagi. Tapi lihatlah berapa banyak rahmat yang Allah berikan kepada kita.
Sifat rahmah bermaksud ‘penjagaan’. Selalunya ditafsirkan sebagai mercy/kasihan. Mungkin tidak berapa sesuai kalau itu sahaja makna yang kita faham. Kerana kalau kita hanya mengambil maksud ‘kasihan’, itu hanya bermaksud Allah tidak menghukum seseorang atas kesalahan orang itu. Macam tentera tawan tawanan perang dan kerana ‘kasihan’, dia tidak membunuh orang itu. Jadi, kalau itu sahaja maksud ‘rahmah’, itu baru bermaksud ‘tidak ada perkara buruk’ sahaja. Itu adalah satu tafsir yang terhad, tidak seperti yang sepatutnya. Tapi maksud Ø§Ù„رَّØ­ْÙ…َٰÙ†ُ lebih lagi dari itu. Nama sifat ini merujuk kepada sifat yang menjaga segala keperluan makhluk. Kita semua memerlukan rahmat Allah untuk hidup dalam dunia ini. Dari dalam perut, sampai kita mati. Macam bayi dalam perut memerlukan rahmah dari Allah. Allah beri penjagaan kepada bayi itu kerana bayi itu tidak mampu menjaga dirinya sendiri. Nak minta tolong pun tak boleh. Maka, tanpa minta tolong pun Allah telah berikan segala kemudahan kepada bayi itu. Itulah setakat yang kita mampu jelaskan tentang maksud rahmah itu. Kita tentu tidak akan dapat memahami keseluruhan maksud nama الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ُ ini kerana kecetekan ilmu kita dan kerana kekurangan akal kita sebagai seorang manusia.
Itulah pemberian Allah dalam bahagian pertama surah ini – Allah beri kita Quran, kebolehan bercakap, alam yang begini luas dan sebagainya lagi – semua itu tanpa ada apa-apa usaha amal dari kita.
Selain dari diberikan pemberian tanpa apa-apa usaha, ada juga pemberian yang diberikan kepada makhluk atas usaha amal mereka. Ini disebut dalam bahagian kedua surah ini – Allah berikan syurga, segala apa yang ada di dalamnya, dengan bidadari dan sebagainya – ini adalah jenis pemberian yang Allah berikan atas usaha baik yang mereka telah lakukan semasa di dunia. Mereka layak mendapat segala pemberian itu. Jadi, ada dua jenis pemberian yang Allah berikan kepada kita – yang diberikan walaupun kita tidak ada apa-apa usaha dan satu lagi yang diberikan kepada kita atas amal kebaikan kita semasa di dunia.

Allah memulakan surah ini dengan memperkenalkan sifatNya ar-Rahman, kerana dalam surah ini akan disebut berkali-kali pemberian yang diberikan kepada makhluk. Kemudian Allah akan tanya balik – manakah nikmat Allah yang kamu tidak mengaku.

TERJEMAHAN SURAH

Surah Ar-Rahman Bahasa Arabسورة الرحمن) adalah surah ke-55 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surat Makkiyah, terdiri atas 78 ayat. Dinamakan Ar-Rahmaan yang bererti Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar-Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Ar-Rahman adalah salah satu dari nama-nama Allah. Sebagian besar dari surah ini menerangkan kepemurahan Allah SWT. kepada hamba-hamba-Nya, iaitu dengan memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga baik di dunia maupun di akhirat nanti.
Ciri khas surah ini adalah kalimat berulang 31 kali "Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban" (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?) yang terletak di akhir setiap ayat yang menjelaskan nikmat Allah yang diberikan kepada manusia.
Keimanan
  • Allah mengajar manusia pandai berbicara
  • Pohon-pohonan dan tumbuh-tumbuhan tunduk kepada Allah
  • Seluruh alam merupakan nikmat Allah terhadap umat manusia
  • Manusia diciptakan dari tanah sedangkan jin dari api

Hukum-hukum
  • Kewajiban mengukur, menakar, menimbang dengan adil.
Lain-lain
  • Manusia dan jin tidak dapat melepaskan diri dari kekuasaan Allah s.w.t.
  • Banyak dari umat manusia yang tidak mensyukuri nikmat Tuhan
  • Peristiwa tentang hal-hal yang akan terjadi dan hal-hal itu benar-benar terjadi seperti tentang Terusan Suez danTerusan Panama.

Pengenalan:
Ini adalah salah satu surah yang popular. Ianya adalah surah Makkiah – diturunkan di Mekah. Ada juga yang mengatakan ianya adalah surah Madinah. Tapi kalau dilihat dari subjek yang disampaikan dalam surah ini, ianya lebih sesuai sebagai Surah Makkiah. Diturunkan di hujung-hujung waktu Makkah. Surah ini selalu dibaca oleh imam-imam di masjid dan surau. Surah ini mengingatkan kita tentang nikmat-nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Jadi, elok kalau baca surah ini apabila kita baru dapat nikmat dari Allah.
Surah ini ditujukan kepada semua manusia, bukan kepada orang Islam sahaja. Macampress release kepada semua orang. Oleh itu, sebagai orang Islam, ianya adalah tugas kita untuk menyampaikannya kepada orang kafir yang tak baca Quran. Atau orang Islam, tapi tak baca Quran.

Surah ini diturunkan setelah berlalu sekian lama Nabi Muhammad menyampaikan dakwahnya. Bertahun-tahun Nabi dah dakwah kepada umatnya, bangsa Arab. Ada ayat yang diulang-ulang dalam surah ini. Kenapa ayat itu diulang-ulang? Pertama, ini untuk menekankan sesuatu perkara. Banyak cara penekanan digunakan dalam Quran untuk menekankan sesuatu dan salah satunya dengan mengulang-ulang ayat. Keduanya, kerana mereka degil sangat, dah lama dakwah tak dengar juga, maka kena ulang-ulang berkali-kali.



Thursday, March 19, 2015

DESTINASI HATI (9)

 DH#9




 Aku seringkali diperlakukan sebegini. Dimana ruang untukku meluahkan segala perasaan, hendak sahaja aku laungkan ditelinga ku sendiri jika boleh perlaku sedemikian. Aku Cuma mahukan diri ini rasa disayangi seperti pasangan kekasih lain yang bercinta, aku juga ingin merasai nikmat cinta dan dikasihi. Aku cuba ikhlas dalam setiap perhubungan dan aku bersedia terima seadanya perhubungan ini, walau baik dan buruk pasanganku aku terima dengan hati yang terbuka kerana aku bukan sekadar terpaut dengan wajahnya namun aku sudah terpaut dengan kemesraannya dan sikap mengambil beratnya terhadapku. Namun aku igin benar menganalinya dari dekat, aku tidak memaksa dirinya mencintai aku, menyayangi aku, hanya sekadar ingin melepaskan segala perasaan yang terbuku didalam hati aku yang sunyi ini. Aku cuba menyembunyikan perasaanku dihadapan semua orang yang aku kononya sangat gembira ddengan hidup aku ini sekarang. Namun aku tidak jua boleh menipu diri sendiri yang menanggung keperitan dan kesedihan itu.

            Keesokan harinya Behzad menghantar sekeping notis berhenti kerja!!!! Semua orang terkejut dan tertanya-tanya mengapa Behzad tiba-tiba sahaja meletak jawatan. Behzad terus membawa diri dan pulang ke kampung untuk menenangkan perasaannya tanpa menghiraukan pujukan rakan-rakan ofis agar tidak meletak jawatan. Bila hati sudah jauh, tiada apa dapat dihalang, kemarau air yang panjang, kemarau hati yang ketandusan.

Ku mencari arah hati,
ku mencari arah diri,
 tidak perasaan akan ku ikuti,
tidak hati ini terus sepi.............

tidak kerana dirimu bidadari,
tidak kerana diriku pelari,
harum dan subur hingga ke hati,
takkan terhenti terus mencari,

rela dicemuh demi dirimu,
rela berpantang untuk kepuasanmu,
rela terima apa dugaanmu,
rela demi mendapat senyumanmu,

ku berdoa agar cahaya,
mampu menyuluh dimana kau berada,
agar terlihat terang cahaya,
destinasi pasti kau ku temui,

hasil berkat doa ikhlasku,
demi mendapat hajat hatiku,
bukan kehendak yang kuturuti,
rasa keperluan dalam hatiku......

takkan ku berhenti mengejar bayangmu.............

dirimu

tak pernah
dan tak akan
jika egomu terlalu tinggi
cuba aku fahami dirimu
curiga aku terlalu pasti
kerana dirimu terlalu palsu
susah untukku mengenali
pandai kau mengesyaki
dirimu sedang aku perhati
aku cuba...memahami...
perasaan dirimu itu
namun kau tidak mengerti
tulus ikhlas dalam hati ini
kau sering menyingkirkan aku
kerana hatimu telah dicuri
dari insan yang kau harapkan
aku cuba sedarkan diri
bahawa kau takkan aku miliki
khayalan membawa diri
ke dalam hidup nan sepi

Wednesday, March 18, 2015

DESTINASI HATI (8)

DH#8



            Hmmmmm.. semua itu adalah permainan dari seorang wanita . bukannya wanita ini tidak ikhlas tetapi mungkin kerana berhati-hati dari terperangkap dari jerangkap samar sang lelaki. Penantian untuk bertemu Ally adalah sia-sia sahaja kerana kol @ sms yg diterima malam tadi adalah yang terakhir dari Ally kerana dia telahpun menghilangkan dirinya dari sayup deruan telinga Behzad. Behzad mungkin seorang lelaki yang setia namun kebodohannya kadangkala memakan diri kerana kesetiaannya pada wanita yang belum pernah dijumpainya lagi itu. Namun disebalik kesetiaan itu pasti ada keburukannya kerana ia akan memakan dirinya sendiri. Setelah berbulan dia cuba menghubungi Ally namun jawapan tidak pernah kunjung tiba. Semuanya adalah dusta. Berhentilah sahabat dari kau menunggu seorang yang tidak akan berani menunjukkan rupanya dan hanya berani berjanji sahaja dan sedarlah bahawa persahabatan cyber selalunya berakhir di cyber dan jarang sekali akan menjadi persahabatan yang suci.


            Walaupun seikhlas mana pun dirimu namun cyber tetap cyber dan ianya hanya permainan perasaan semata-mata dan janganlah kau asyik dengan permainan itu. Namun kasih Behzad terlalu dalam kerana terlalu terpedaya dengan cinta cybernya itu. Ally tidak juga membalas dan Behzad terus mengharap agar Ally akan muncul dan memberi penjelasan dan mengucapkan kalimah cinta kepadanya, namun tunggulah bulan berkembar sekalipun saat itu, hari itu, detik itu, waktu itu, minit itu, pasti tidak akan datang....


            Diwaktu pagi yang hening, terdengar cengkerik bernyanyi bersama kumpulannya, burung mengalunkan siulan indah, dahan pokok meliuk lentok ditiup angin kencang, langit menangis lagi, guruh bagai mengetuk gendang, si putera terulik lena dibuai mimpi lagi.... “Behzad cuba menghubungi Ally pada pagi itu, namun tiada balasan, mereka sudah berjanji untuk berjumpa pada hari ini tetapi satu sms dari Ally pun tiada. Kebiasaanya seawal subuh lagi Ally akan menghantar sms kepadanya. Pelik dengan semua itu, Behzad terus ke bilik air untuk mandi dan membisik ke dalam hatinya mungkin Ally terlupa untuk sms.


          "  Keadaan yang tenang menjadi kelam kabut, seorang wanita dimasukkan ke dalam wad icu kerana terkena serangan jantung. Semua ahli keluarga bergegas ke hospital dan Ally mengemas barangnya untuk bersedia menemani ibunya yang dimasukkan kedalam hospital, kejadian berlaku selepas subuh ketika selesai solat subuh ibunya terkena serangan jantung. Tidak sempat berfikir tentang lain-lain perkara kerana ibu perlu diutamakan. Dia segera menelefon adik beradiknya untuk memberitahu bahawa ibunya sakit dan minta pulang segera, ibunya segera dibawa ke hospital oleh ambulans sambil ditemani ayahnya. Ibu dimasukkan kedalam wad kecemasan dan dalam penjagaan rapi kerana sebelum ini ibu tidak pernah diserang penyakit ini, namun tiba-tiba sahaja ibu diserang. Ayah membaca yassin sepanjang ibu berada didalam wad kecemasan. “Ibu...jangan tinggalkan ucu, ucu sayangkan ibu..air mata Ally mengalir. Ally membatalkan hasratnya belajar diluar negara demi menjaga ibunya.” Mimpinya itu seperti untuk memujuk dirinya agar masih memberi kepercayaan kepada Ally namun itu hanyalah mainan tidur yang hanya ingin memujuk dirinya..."





DESTINASI HATI (7)

DH#7




Keesokan paginya...

awak,saya tahu awak marahkan saya dan saya harap saya dapat berjumpa dengan awak sebelum saya sambung belajar ke luar negara dan saya sangat berharap dapat berjumpa dengan awak, saya harap kejadian lepas tidak akan berulang lagi”-sms dari Ally.
“saya sudah maafkan awak. Mengenai kejadian yang lepas saya rasa kita pernah terserempak. Awak ada melanggar saya dan tergesa-gesa meminta maaf pada saya dan mungkin awak terus ke toilet,adakah itu awak???”-sms dari Behzad.
“what!!!!!!awak ke tu???”-sms dari ally.
“yup!!!itu adalah saya dan itu awak ker???”-sms dari Behzad.
“ok....nampaknye sudah jelas saya ada bukti yang saya jugak pergi sana dan awak pon akui sudah langgar saya kan....tapi macam mana yer kita tak boleh berjumpa???hishhhh....!!!!”-sms dari ally.
“maafkan saya kerana marahkan awak malam tadi, saya asyik terfikirkan peristiwa berlanggar jer, dan saya amat harapkan yang itu awak...”sms dari behzad.
“awak, itu mang saya dan saya baru keluar utk membeli p** dan saya sangat2 kecemasan masa tu, dalam kepala juz nak pergi tukar cepat2...huhuhuu...IMU...”-sms dari ally.
Hmmmm...ape maksud IMU awk??””-sms dari Behzad.
“ awak cari sendirilah..ok,will cntnu later i got to go...:-)..bye...” sms dari ally
“ ok...have a nice day dear.. take care..”-sms dari Behzad.

                Bak kata pepatah....dunia ni kecik sajer.....Behzad terus bangun dan bersiap untuk pergi kerja kerana jam menunjukkan 7.30am. Sudah menjadi kebiasaan,  Ally akan sms pada waktu pagi kerana Ally akan bangun seawal subuh setiap hari dan itu adalah rutinnya. Bukan main gembira lagi Behzad pada hari itu dan dia terus bersiap pergi kerja dengan hati yang gembira.”astagfirullah hal azim,macam mana la aku boleh terlanggar dia dan tak terserempak dengan dia kelmarin...” cetus hati kecil ally. Dia rasa kesal setelah apa yang berlaku dan berharap akan dapat bertemu dengan Behzad secepat mungkin.

“ hai awak...=)”- sms dari ally.
“hai...:P “ –sms dari Behzad.

                Seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku dan peristiwa ahad yang lalu seperti sudah dilupakan. Hati Behzad sangat gembira kerana peristiwa itu seperti ada hikmah disebaliknya kerana membuatkan dirinya lebih yakin bahawa dirinya amat mencintai Ally. Semasa di ofis dia sempat berbalas email dengan Suki bahawa dia telah menemui semula bunga hatinya pada Suki. Suki turut gembira kerana sahabatnya sudah hampir dengan kebahagiaan.
“ hari sabtu ni awak free tak???saya ingat nak jumpa awak for 2nd time..itu pun kalau awak sudi..” – sms dari Behzad.

“hmmm....saya x sure la awk..tapi kan...saya rasa saya ada nak jumpa orang la sabtu ni...hmmm...”- sms dari ally.
“ hmmmmmmmmmmmmm.....ye ker...:-( “ sms dari Behzad.
“ he he he ....saya nak jumpa awak la :P, majuk la tuh..awak ni asik majuk jer yer..macam budak kecik...he he he..” – sms dari ally.
“ J hehehehe.......suke..suke..suke..,eh tapi sabtu bukan esok ker...:-P “ –sms dari behzad.
“awk,

disaat bulan memantulkan cahaya,
disaat itulah malam diterangi,
disaat malam berlagu sepi,
disaat itulah hatiku sunyi...

tatkala awan berarak jauh,
tatkala itu angin berlalu,
tatkala hati ini berdetik,
tatkala itu hati&dirimu dibayangi...” sms dari Behzad

“ nice poem awak..hehehehe..terkesima saya dibuatnya oleh kata-kata awak yang membuatkan saya kencing manis..:P ...ape pon thanks..sy sangat hargai awak..and good nite see you tomolo..anak fruit saya da nak tidur ni..nite awk..” sms dari ally.

“ ok awak...semoga malam jua akan menemani mu..:-) ..nite and sweet smiles alway..“
–sms dari Behzad.

Dengan hati yang sangat gembira Behzad menulis satu puisi sambil mendengar lagu.....
Group:Apecer da band
Hatiku

Sepi!
Sepinya.. hatiku… ini….
Seeemakin rindu! kasiiiiih nan yang suci…
Betapa diri… ingin disayangi….
Namuuun sedikit, sukar untuk.. ku kecapi…
Sedikit kasih ku tiiiidak pun sampai…

Apaaaakah hati! aaaku ini….
Tiiidak layak ,untuuk mengecapi….
Sedikit!!
Kebahgiaaaaan…

Aku…!!!hanya ingin…. dihargai..
Walaupun sedikit kasih yang diberi...

Hanya ….
Kasihmu! Yang sangat ku  rindui…

Sepinya! Kasiiihku yang murni…
Hatiiiku sering… kali terusik..
Terbayang! Kasih! untuk dikecapi…

Mengapa tidak terjadi pada diri…
Merindu dan juga dirindui…

Aku ingin pergi
Dari dunia yang sepi..
Dibelai,disayangi..
Seperti insan yang lain..hoohohohoho…

Aku …hanya ingin sedikit kasih nan suci…
Bukan harta atau…nafsu liar yang menghantui..

Sepi aku ini
Sangat ingin kau ubati..
Dengan cinta hatimu
Dan murni dari….. hati……………………mu………………….


            Kemerduan lagu tersebut sungguh menyentuh sehingga Behzad terus tertidur dengan ketenangan sambil muka tersenyum sampai ke pagi. Apakah ada sinar untuknya di esok hari ataupun sebaliknya dan semua itu menjadi tanda tanya dalam mimpinya yang sibuk mengejar pagi.

                “ laukku dah cukup, cukup masin...laukku cukup masin...laukku sudah tambah garam,makin lama makin kunyah makin tawar.....” deringan ringtone alarm Behzad menggegar telinga dengan lagu spider yang dipasang volume sampai lima itu terus mengejutkan Behzad. Lantas Behzad bangun mencapai hendfon dan melihat mana tahu ada sms dari ally dan namaknya ada satu sms dari ally.” Morning sweet talker”- sms dari ally. Lalu beliau mengukir satu senyuman manis lalu terus mengambil tuala dan ke bilik air untuk terus mandi.” Lalalallalalalalla...” jerit Behzad menyanyi dalam bilik air....dalam fikirannya adalah satu temu janji dengan Ally. Ally!!! Ally!!! Ally!!! Ally!!! Ally!!! Itu sahaja yang berada dalam fikiran nya....selesai mandi dia pun menggapai kain pelikat untuk menunaikan solat subuh dan didalam doanya ialah.....” YA ALLAH YA TUHANKU JIKALAU BENAR BELIAU IALAH JODOHKU, MAKA TEMUKANLAH AKU DENGANNYA HARI INI, JIKA BUKAN YA ALLAH, KAU TABAHKANLAH HARI-HARIKU UNTUK MENEMPUH SEGALA DUGAANMU DENGAN KUAT DAN PENUH RASA SYUKUR, SESUNGGUHNYA, APA YANG DIBERIKAN KEPADAKU ADALAH KEPERLUANKU DAN BUKANLAH KEHENDAK NAFSUKU. AKU BERSYUKUR DENGAN SEGALA PEMBERIANMU. AMIN...”.
Dilipatkan sejadah dan diletakkan diatas almari dan Behzad terus bersiap untuk menyiapkan diri untuk bergerak ke tempat yang dituju, terlintas difikirannya untuk menghubungi Ally sebelum bersiap. Lalu Behzad mengambil handfonnya lalu ditekan no Ally untuk menanyakan tempat temujanji kerana mereka tidak berjanji untuk bertemu dimana-mana. Difikiran Behzad, beliau mahu bertemu dengan Ally di tempat tempoh hari.

“ hello...hai awk assalamualaikum....selamat pagi...da sarapan lum???”-tanya Behzad.
“ hello..hai awak..waalaikumsalam...selamat pagi juga untuk awak...saya baru jer sarapan...”- balas Ally.
“ hampir siap, tapi saya lupa la nak tanya awak kita jumpa dimana...??? and then saya nak pakai baju hitam seluar jeans biru gelap.....awak nak pakai baju kaler ape??” – tanya Behzad. “ ok..saya akan pakai dress baju hitam jugak..juga pakai jeans...and then saya nak jumpa awak di KliA di tingkat 3..pastikan awak ada kat sana pukul 11am dan jangan lambat...nanti saya text awak semula saya nak bersiap...:) IMU..” balas Ally. “ tapi....hmmm...ok..jumpa disana” balas Behzad. Sesuatu bermain difikiran Behzad. Kenapa perlu jumpa di KliA, apa ada function ker kat sana. Perlu ker kat sana..apakah...mengapakah...kenapakah....perlukah...???? semua itu berlegar-legar didalam fikiran Behzad. Tanpa membuang masa dia cepat-cepat bersiap untuk ke sana dan terus mengambil jaket jeans dan helmet. Jam menunjukkan 8.00am dan dia tidak mahu lewat seminit pun, bak kata cikgu masa sekolah dulu...jika awak sampai sebelum masa yang ditetapkan awak adalah orang yang berjaya dan awak sampai tiba pada masanya dan awak akan gagal... Ungkapan itu membentak ke dalam fikiran Behzad yang pelik kerana perlu ker date di KliA. Urghhhhhhhhhhhhh ...~~~ Terus dia mengambil kunci motornya dan bergerak ke KliA.

                Dihatinya terasa sedih kerana perlu meninggalkan negara yang dicintai kerana perlu menyambung pelajaran ke luar negara dengan tiba-tiba, ini adalah kerana surat itu lambat sampai ke rumahnya dan dia perlu pergi awal seminggu bagi menguruskan perjalanan dan penempatan disana sebelum masuk ke kelas. Hanya abangnya yang menghantar di KLIA dan die meminta abangnya menghantar awal. Dia memberitahu abangnya dia akan bertolak pukul 11.00pm, tetapi tiketnya adalah 8.00pm. ini adalah semata untuk bertemu dengan kekasih idaman hatinya sebelum bertolak ke negara orang.

                9.30am di KLIA...Behzad sampai sejam setengah awal dari masa yang dijanjikan, dan perutnya terasa lapar kerana tidak bersarapan lagi. Beliau terus menuju ke tingkat tiga tanpa memikirkan perutnya tapi apakan daya, kehendak perut perlu dipenuhi kerana nanti kelaparan menghantui. Behzad terus pergi ke 7E dan membeli dua bungkus roti gardenia ikan bilis dan sebotol air soya. Sambil berjalan dia terus makan dengan lahapnya kerana sangat lapar. Mungkin malam tadi dia terlupa untuk makan sebelum pulang dari kerja.

                9.53am di KLIA...Ally sampai bersama abangnya. Mereka terus bergerak ke tingkat balai pelepasan, sememangnya mereka perlu berada sejam awal sebelom masa bertolak.  Setelah sampai disana Ally pun memberitahu abangnya bahawa dia perlu pergi dulu, selepas bersalam dengan Ally, abangnya pun terus pulang. Lantas Ally berpatah semula selepas melihat kelibat abangnya sudah pun berlalu pergi. FUHHHHH.. hela nafas Ally setelah sekian lama menunggu saat itu. Lalu Ally mengambil telefonnya dan menelefon behzad. Sedang Behzad sedang asyik mengunyah roti tersebut, cepat dia mengambil telefonnya didalam seluar dan dilihatnya siapa yang menghubunginya. Ahhhh ,,!!! “Ally, hello awak dimana sekarang, saya sudah sampai sebelum masanya lagi ok..cepat cakap awak kat mana...saya dah tidak sabar nak berjumpa dengan awak ni.” Keluh Behzad. “ hai awak, ini gelojoh sangat ni kenapa ni ha...tidak lari gunung dikejar, x habis madu selautan awak...hehehe..saya baru jer sampai tengah bergegas ke tingkat tiga untuk berjumpa awak la ni.” Jawab Ally sambil tersenyum manje.

10.10am di KLIA...mungkin setiap pertemuan itu adalah indah jika pertemuan itu adalah satu pertemuan yang diharapkan.

seribu kata dilemparkan
seribu janji diucapkan
sejuta air mata yang menitis
sekeping hati yang diharapkan

jauh perasaan untuk tersinggung
jauh hati untuk berdendam
hanya kasih dalam perasaan
hanya rindu dalam hati

Tik tak..tik tak..tik tak..!!!ayunan heel Ally berjalan menuju ke destinasi cinta. “ assalamualaikum...Behzad..” tegur Behzad memulakan. Dengan mulut yang ternganga, melihat wajah ayu, berambut paras dada dan ikal mayang, dengan hidung yang agak mancung, kulit putih lembut dan mata yang cantik... “aaaaaaaaaaaawwwwwkkkkk...Ally ker” tanya Behzad. Dengan senyuman dibalas, “ maaf yer awak, awak salah orang” jawab wanita itu. Ada satu mata sedang memerhati tingkah laku Behzad kerana beliau mendengar namanya disebut. Rupa-rupanya Ally hanya berada dibelakang Behzad semasa Behzad menegur wanita tadi, ketawa kecil melihat wajah Behzad yang tersilap orang kerana si wanita itu juga memakai pakaian yang hampir sama dengan Ally.

            “awk!” Sergah Ally. Behzad terkejut... “ oh, ini awak yer..da lame ker perhatikan saya ni, awak nampak ker saya tersalah orang tadi” keluh Behzad. “maafkan saya yer awak,saya lambat ckit jer sebelum awak tanya,memang saya hendak pergi kepada awak tapi awak terawal sesaat untuk menegur perempuan tu...hehehehehhe...comel la muka awak kalau sedang cover malu....sebijik macam dalam video kat youtube tu....apepun selamat berjumpa awak...saya Ally Adriana...akhirnya dapat juga kita bertemu mata yer..asik bertemu diudara jer kan..”terang ally. “ behzad hanya mampu senyum, kerana wajah Ally yang manis dan senyumannya itu membuatkan dia lupa pasal salah orang tadi, die terkesima melihat Ally dan seperti dalam mimpi sahaja” “ awak betul kan Ally dan wajah awak lainla..dekat luar lagi manis dari dalam laptop saya..” balas Behzad. “yup...sayalah Ally,tapi takkan nak terus tercegat disini, jom kita pergi fast food duduk lepak sana” ajak Ally.

Akhirnya ALLY dan BEHZAD bertemu juga namun disebalik pertemuan itu belum pasti akan menjadi kesudahan. “awak nak makan apa?hari ini saya belanja awak coz minggu lepas saya telah kecewakan awak kan...so awak order jer ape pon ok..”tanya Ally. “ ok kalau macam tu saya nak order hati awak terus boleh”jawab Behzad berterus terang. Ally terkesima dan tidak menyangka Behzad akan berkata macam tu kepadanya dalam masa yang begitu cepat kerana beliau juga sememangnya menginginkan pertanyaan seperti itu terus dari   mulut Behzad. Sememangnya sudah lama Ally terpaut pada Behzad. Namun ego wanita mengatasinya tetapi hari ini membuatkan Ally begitu cair dengan Behzad. “ awak,itu makanan ker?”balas Ally. “ sambil teersenyum, yup itu makanan untuk hati saya yang lapar dan makanan untuk perut saya pulak saya nak makan double cheese burger. Boleh tak kalau macam tu.”jawab Behzad lagi. “boleh tak saya jawab selepas awak makan makanan untuk perut awak dulu.” Balas Ally. Lalu Behzad pun bangun membeli double cheese burger, bubur ayam, coke dan strawberi. Mereka pun makan tanpa mengeluarkan sepatah kata dan hanya berkomunikasi antara mata dan hati sahaja ketika ini dan tiba-tiba terdengar suara sayu......

“hmmm....betul ker awak mahukan hati saya..” tanya Ally. “hmmmm......jujur saya katakan sudah lama saya memendam rasa dan ingin meluahkan dari mata ke mata dan hati ke hati kerana selama kita berkawan kejujuran itu telah lama muncul dan keikhlasan terhadap cinta saya terhadap awak adalah suci”balas Behzad. “satu baris kata pun sya tidak pernah menipu kepada awak tentang diri saya kerana saya yakin saya sangat memerlukan awak.Cuma kadang-kadang saya berharap semoga awak juga sama seperti saya menyayangi saya seikhlas hati tanpa bersua muka. Mungkin nampak macam tidak masuk akal kan, tapi cara awak melayan saya semenjak kita berkawan selama ini telah membangkitkan perasaan saya untuk menyayangi awak setelah lama hati saya ini dikunci untuk wanita.”balas Behzad lagi. “apa yang awak ucapkan saya sangat hargai tapi kenapa perlu begitu cepat untuk kita memulakan hubungan ini, mungkin kita berkawan dahulu”luah Ally. Ally terpaksa menahan airmatanya kerana dia merasa sangat berdebar dan sayu untuk meluahkan isi hatinya kepada Behzad kerana dia juga mencintai Behzad cuma kata-kata dari mulutnya tidak terucap.


            “mungkin bagi awak seperti terburu-buru, saya cuma tidak mahu kehilangan awak sahaja kerana bagi saya kita sudah lama berkawan mungkin hampi 3 tahun sudah, kita sudah lama mengenali hati budi masing-masing dan saya kenali hati awak dahulu sebelum bertemu mata dengan awak. Saya harap awak dapat menerima dan tidak menolak cinta saya yang hina ini.”luah Behzad. Ally tersenyum dan cuba meyakinkan diri untuk berterus terang.”yup...saya mengaku saya juga sama seperti awak dan saya merindui awak setiap hari dan sepanjang masa saya memikirkan awak...OOOPPPppppssssssssss!!!!!”luah Ally.Ally menutup mukanya menahan malu serta sedih kerana dia tahu dia tetap akan berpisah dengan Behzad buat sementara waktu. Ally meneruskan kata-katanya”tapi sanggupkah awak menunggu saya untuk beberapa tahun??? Saya sangat serius dan jika awak sanggup menunggu kepulangan saya, saya sangat gembira...” “hmmm...menunggu awk???apa semua ini??awak nak pergi ke mana???huhuhuhu......baru jer jumpa awak sudah hendak berpisah dengan saya” tanya Behzad. “saya akan melanjutkan pelajaran untuk beberapa tahun dan mungkin untuk 3 tahun dalam tempoh itu kita tetap akan berhubung la awak...kerana kerjaya ini adalah cita-cita saya dan awak adalah impian saya dan saya harap awak sanggup tunggu.”luah Ally. “awak, demi awak pun saya akan sanggup segalanya kerana saya tidak lagi ragu-ragu dan saya tidak akan melepaskan awak, hati saya sudah tertanam jauh didalam dan hanya awak mempunyai kunci, hati saya sanggup merindu walau perit menunggu, saya yakin penantian itu berbaloi.”tegas Behzad.” Saya yakin dengan awk”jawab Ally penuh syahdu.

            Masa tidak akan terus berhenti dari menjalankan kerjanya dan tidak akan memberi sesaat pun bagi dirinya untuk berehat. Jam menunjukkan 7pm dan Ally harus pergi, serapat-rapat belangkas, kena dik masa terpisah jua. Masa membuat keputusan dan kerana itu masa adalah berharga, pertemuan itu tidak semestinya akan menjadikan penyatuan dan perpisahan itu tidak semestinya suatu penamatan. Mereka hanya dapat bersua mata hanya 8jam sahaja ibarat kerja di ofis sehari. Jam 7.15pm Ally melambaikan tangan kepada Behzad dan Behzad tidak menyangka pemergian Ally begitu lama dan pertemuan ini adalah satu nilai perjuangan hati dan airmata. Sudah ditahan air banjir membadai segala, namun begitu juga airmata terpaksa keluar akibat kekuatan nilai cinta antara mereka, setelah sekian lama air mata Behzad menitis jua, dan Ally umpama tidak terkata dan hanya berdaya menahan sebak seketika dan lantas mencurahkan air mata si dara. Lambaian semakin hilang dan pudar, kelibat Ally hilang ditelan penumpang yang lain. Tiba-tiba..!!!!!!!!!!!!!! Behzad terjaga dari tidurnya dan ternyata semua sekali hanyalah mainan mimpi sahaja. Apa yang berlaku dan semua itu hanyalah mimpi Behzad yang terlalu memikirkan tentang Ally. Behzad bangun dan terus pergi mendirikan solat subuh. Semua yang berlaku adalah takdir, kita hanya mampu merancang dan hanya tuhan yang menentukan.