nuffnang-ads

Wednesday, March 18, 2015

DESTINASI HATI (7)

DH#7




Keesokan paginya...

awak,saya tahu awak marahkan saya dan saya harap saya dapat berjumpa dengan awak sebelum saya sambung belajar ke luar negara dan saya sangat berharap dapat berjumpa dengan awak, saya harap kejadian lepas tidak akan berulang lagi”-sms dari Ally.
“saya sudah maafkan awak. Mengenai kejadian yang lepas saya rasa kita pernah terserempak. Awak ada melanggar saya dan tergesa-gesa meminta maaf pada saya dan mungkin awak terus ke toilet,adakah itu awak???”-sms dari Behzad.
“what!!!!!!awak ke tu???”-sms dari ally.
“yup!!!itu adalah saya dan itu awak ker???”-sms dari Behzad.
“ok....nampaknye sudah jelas saya ada bukti yang saya jugak pergi sana dan awak pon akui sudah langgar saya kan....tapi macam mana yer kita tak boleh berjumpa???hishhhh....!!!!”-sms dari ally.
“maafkan saya kerana marahkan awak malam tadi, saya asyik terfikirkan peristiwa berlanggar jer, dan saya amat harapkan yang itu awak...”sms dari behzad.
“awak, itu mang saya dan saya baru keluar utk membeli p** dan saya sangat2 kecemasan masa tu, dalam kepala juz nak pergi tukar cepat2...huhuhuu...IMU...”-sms dari ally.
Hmmmm...ape maksud IMU awk??””-sms dari Behzad.
“ awak cari sendirilah..ok,will cntnu later i got to go...:-)..bye...” sms dari ally
“ ok...have a nice day dear.. take care..”-sms dari Behzad.

                Bak kata pepatah....dunia ni kecik sajer.....Behzad terus bangun dan bersiap untuk pergi kerja kerana jam menunjukkan 7.30am. Sudah menjadi kebiasaan,  Ally akan sms pada waktu pagi kerana Ally akan bangun seawal subuh setiap hari dan itu adalah rutinnya. Bukan main gembira lagi Behzad pada hari itu dan dia terus bersiap pergi kerja dengan hati yang gembira.”astagfirullah hal azim,macam mana la aku boleh terlanggar dia dan tak terserempak dengan dia kelmarin...” cetus hati kecil ally. Dia rasa kesal setelah apa yang berlaku dan berharap akan dapat bertemu dengan Behzad secepat mungkin.

“ hai awak...=)”- sms dari ally.
“hai...:P “ –sms dari Behzad.

                Seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku dan peristiwa ahad yang lalu seperti sudah dilupakan. Hati Behzad sangat gembira kerana peristiwa itu seperti ada hikmah disebaliknya kerana membuatkan dirinya lebih yakin bahawa dirinya amat mencintai Ally. Semasa di ofis dia sempat berbalas email dengan Suki bahawa dia telah menemui semula bunga hatinya pada Suki. Suki turut gembira kerana sahabatnya sudah hampir dengan kebahagiaan.
“ hari sabtu ni awak free tak???saya ingat nak jumpa awak for 2nd time..itu pun kalau awak sudi..” – sms dari Behzad.

“hmmm....saya x sure la awk..tapi kan...saya rasa saya ada nak jumpa orang la sabtu ni...hmmm...”- sms dari ally.
“ hmmmmmmmmmmmmm.....ye ker...:-( “ sms dari Behzad.
“ he he he ....saya nak jumpa awak la :P, majuk la tuh..awak ni asik majuk jer yer..macam budak kecik...he he he..” – sms dari ally.
“ J hehehehe.......suke..suke..suke..,eh tapi sabtu bukan esok ker...:-P “ –sms dari behzad.
“awk,

disaat bulan memantulkan cahaya,
disaat itulah malam diterangi,
disaat malam berlagu sepi,
disaat itulah hatiku sunyi...

tatkala awan berarak jauh,
tatkala itu angin berlalu,
tatkala hati ini berdetik,
tatkala itu hati&dirimu dibayangi...” sms dari Behzad

“ nice poem awak..hehehehe..terkesima saya dibuatnya oleh kata-kata awak yang membuatkan saya kencing manis..:P ...ape pon thanks..sy sangat hargai awak..and good nite see you tomolo..anak fruit saya da nak tidur ni..nite awk..” sms dari ally.

“ ok awak...semoga malam jua akan menemani mu..:-) ..nite and sweet smiles alway..“
–sms dari Behzad.

Dengan hati yang sangat gembira Behzad menulis satu puisi sambil mendengar lagu.....
Group:Apecer da band
Hatiku

Sepi!
Sepinya.. hatiku… ini….
Seeemakin rindu! kasiiiiih nan yang suci…
Betapa diri… ingin disayangi….
Namuuun sedikit, sukar untuk.. ku kecapi…
Sedikit kasih ku tiiiidak pun sampai…

Apaaaakah hati! aaaku ini….
Tiiidak layak ,untuuk mengecapi….
Sedikit!!
Kebahgiaaaaan…

Aku…!!!hanya ingin…. dihargai..
Walaupun sedikit kasih yang diberi...

Hanya ….
Kasihmu! Yang sangat ku  rindui…

Sepinya! Kasiiihku yang murni…
Hatiiiku sering… kali terusik..
Terbayang! Kasih! untuk dikecapi…

Mengapa tidak terjadi pada diri…
Merindu dan juga dirindui…

Aku ingin pergi
Dari dunia yang sepi..
Dibelai,disayangi..
Seperti insan yang lain..hoohohohoho…

Aku …hanya ingin sedikit kasih nan suci…
Bukan harta atau…nafsu liar yang menghantui..

Sepi aku ini
Sangat ingin kau ubati..
Dengan cinta hatimu
Dan murni dari….. hati……………………mu………………….


            Kemerduan lagu tersebut sungguh menyentuh sehingga Behzad terus tertidur dengan ketenangan sambil muka tersenyum sampai ke pagi. Apakah ada sinar untuknya di esok hari ataupun sebaliknya dan semua itu menjadi tanda tanya dalam mimpinya yang sibuk mengejar pagi.

                “ laukku dah cukup, cukup masin...laukku cukup masin...laukku sudah tambah garam,makin lama makin kunyah makin tawar.....” deringan ringtone alarm Behzad menggegar telinga dengan lagu spider yang dipasang volume sampai lima itu terus mengejutkan Behzad. Lantas Behzad bangun mencapai hendfon dan melihat mana tahu ada sms dari ally dan namaknya ada satu sms dari ally.” Morning sweet talker”- sms dari ally. Lalu beliau mengukir satu senyuman manis lalu terus mengambil tuala dan ke bilik air untuk terus mandi.” Lalalallalalalalla...” jerit Behzad menyanyi dalam bilik air....dalam fikirannya adalah satu temu janji dengan Ally. Ally!!! Ally!!! Ally!!! Ally!!! Ally!!! Itu sahaja yang berada dalam fikiran nya....selesai mandi dia pun menggapai kain pelikat untuk menunaikan solat subuh dan didalam doanya ialah.....” YA ALLAH YA TUHANKU JIKALAU BENAR BELIAU IALAH JODOHKU, MAKA TEMUKANLAH AKU DENGANNYA HARI INI, JIKA BUKAN YA ALLAH, KAU TABAHKANLAH HARI-HARIKU UNTUK MENEMPUH SEGALA DUGAANMU DENGAN KUAT DAN PENUH RASA SYUKUR, SESUNGGUHNYA, APA YANG DIBERIKAN KEPADAKU ADALAH KEPERLUANKU DAN BUKANLAH KEHENDAK NAFSUKU. AKU BERSYUKUR DENGAN SEGALA PEMBERIANMU. AMIN...”.
Dilipatkan sejadah dan diletakkan diatas almari dan Behzad terus bersiap untuk menyiapkan diri untuk bergerak ke tempat yang dituju, terlintas difikirannya untuk menghubungi Ally sebelum bersiap. Lalu Behzad mengambil handfonnya lalu ditekan no Ally untuk menanyakan tempat temujanji kerana mereka tidak berjanji untuk bertemu dimana-mana. Difikiran Behzad, beliau mahu bertemu dengan Ally di tempat tempoh hari.

“ hello...hai awk assalamualaikum....selamat pagi...da sarapan lum???”-tanya Behzad.
“ hello..hai awak..waalaikumsalam...selamat pagi juga untuk awak...saya baru jer sarapan...”- balas Ally.
“ hampir siap, tapi saya lupa la nak tanya awak kita jumpa dimana...??? and then saya nak pakai baju hitam seluar jeans biru gelap.....awak nak pakai baju kaler ape??” – tanya Behzad. “ ok..saya akan pakai dress baju hitam jugak..juga pakai jeans...and then saya nak jumpa awak di KliA di tingkat 3..pastikan awak ada kat sana pukul 11am dan jangan lambat...nanti saya text awak semula saya nak bersiap...:) IMU..” balas Ally. “ tapi....hmmm...ok..jumpa disana” balas Behzad. Sesuatu bermain difikiran Behzad. Kenapa perlu jumpa di KliA, apa ada function ker kat sana. Perlu ker kat sana..apakah...mengapakah...kenapakah....perlukah...???? semua itu berlegar-legar didalam fikiran Behzad. Tanpa membuang masa dia cepat-cepat bersiap untuk ke sana dan terus mengambil jaket jeans dan helmet. Jam menunjukkan 8.00am dan dia tidak mahu lewat seminit pun, bak kata cikgu masa sekolah dulu...jika awak sampai sebelum masa yang ditetapkan awak adalah orang yang berjaya dan awak sampai tiba pada masanya dan awak akan gagal... Ungkapan itu membentak ke dalam fikiran Behzad yang pelik kerana perlu ker date di KliA. Urghhhhhhhhhhhhh ...~~~ Terus dia mengambil kunci motornya dan bergerak ke KliA.

                Dihatinya terasa sedih kerana perlu meninggalkan negara yang dicintai kerana perlu menyambung pelajaran ke luar negara dengan tiba-tiba, ini adalah kerana surat itu lambat sampai ke rumahnya dan dia perlu pergi awal seminggu bagi menguruskan perjalanan dan penempatan disana sebelum masuk ke kelas. Hanya abangnya yang menghantar di KLIA dan die meminta abangnya menghantar awal. Dia memberitahu abangnya dia akan bertolak pukul 11.00pm, tetapi tiketnya adalah 8.00pm. ini adalah semata untuk bertemu dengan kekasih idaman hatinya sebelum bertolak ke negara orang.

                9.30am di KLIA...Behzad sampai sejam setengah awal dari masa yang dijanjikan, dan perutnya terasa lapar kerana tidak bersarapan lagi. Beliau terus menuju ke tingkat tiga tanpa memikirkan perutnya tapi apakan daya, kehendak perut perlu dipenuhi kerana nanti kelaparan menghantui. Behzad terus pergi ke 7E dan membeli dua bungkus roti gardenia ikan bilis dan sebotol air soya. Sambil berjalan dia terus makan dengan lahapnya kerana sangat lapar. Mungkin malam tadi dia terlupa untuk makan sebelum pulang dari kerja.

                9.53am di KLIA...Ally sampai bersama abangnya. Mereka terus bergerak ke tingkat balai pelepasan, sememangnya mereka perlu berada sejam awal sebelom masa bertolak.  Setelah sampai disana Ally pun memberitahu abangnya bahawa dia perlu pergi dulu, selepas bersalam dengan Ally, abangnya pun terus pulang. Lantas Ally berpatah semula selepas melihat kelibat abangnya sudah pun berlalu pergi. FUHHHHH.. hela nafas Ally setelah sekian lama menunggu saat itu. Lalu Ally mengambil telefonnya dan menelefon behzad. Sedang Behzad sedang asyik mengunyah roti tersebut, cepat dia mengambil telefonnya didalam seluar dan dilihatnya siapa yang menghubunginya. Ahhhh ,,!!! “Ally, hello awak dimana sekarang, saya sudah sampai sebelum masanya lagi ok..cepat cakap awak kat mana...saya dah tidak sabar nak berjumpa dengan awak ni.” Keluh Behzad. “ hai awak, ini gelojoh sangat ni kenapa ni ha...tidak lari gunung dikejar, x habis madu selautan awak...hehehe..saya baru jer sampai tengah bergegas ke tingkat tiga untuk berjumpa awak la ni.” Jawab Ally sambil tersenyum manje.

10.10am di KLIA...mungkin setiap pertemuan itu adalah indah jika pertemuan itu adalah satu pertemuan yang diharapkan.

seribu kata dilemparkan
seribu janji diucapkan
sejuta air mata yang menitis
sekeping hati yang diharapkan

jauh perasaan untuk tersinggung
jauh hati untuk berdendam
hanya kasih dalam perasaan
hanya rindu dalam hati

Tik tak..tik tak..tik tak..!!!ayunan heel Ally berjalan menuju ke destinasi cinta. “ assalamualaikum...Behzad..” tegur Behzad memulakan. Dengan mulut yang ternganga, melihat wajah ayu, berambut paras dada dan ikal mayang, dengan hidung yang agak mancung, kulit putih lembut dan mata yang cantik... “aaaaaaaaaaaawwwwwkkkkk...Ally ker” tanya Behzad. Dengan senyuman dibalas, “ maaf yer awak, awak salah orang” jawab wanita itu. Ada satu mata sedang memerhati tingkah laku Behzad kerana beliau mendengar namanya disebut. Rupa-rupanya Ally hanya berada dibelakang Behzad semasa Behzad menegur wanita tadi, ketawa kecil melihat wajah Behzad yang tersilap orang kerana si wanita itu juga memakai pakaian yang hampir sama dengan Ally.

            “awk!” Sergah Ally. Behzad terkejut... “ oh, ini awak yer..da lame ker perhatikan saya ni, awak nampak ker saya tersalah orang tadi” keluh Behzad. “maafkan saya yer awak,saya lambat ckit jer sebelum awak tanya,memang saya hendak pergi kepada awak tapi awak terawal sesaat untuk menegur perempuan tu...hehehehehhe...comel la muka awak kalau sedang cover malu....sebijik macam dalam video kat youtube tu....apepun selamat berjumpa awak...saya Ally Adriana...akhirnya dapat juga kita bertemu mata yer..asik bertemu diudara jer kan..”terang ally. “ behzad hanya mampu senyum, kerana wajah Ally yang manis dan senyumannya itu membuatkan dia lupa pasal salah orang tadi, die terkesima melihat Ally dan seperti dalam mimpi sahaja” “ awak betul kan Ally dan wajah awak lainla..dekat luar lagi manis dari dalam laptop saya..” balas Behzad. “yup...sayalah Ally,tapi takkan nak terus tercegat disini, jom kita pergi fast food duduk lepak sana” ajak Ally.

Akhirnya ALLY dan BEHZAD bertemu juga namun disebalik pertemuan itu belum pasti akan menjadi kesudahan. “awak nak makan apa?hari ini saya belanja awak coz minggu lepas saya telah kecewakan awak kan...so awak order jer ape pon ok..”tanya Ally. “ ok kalau macam tu saya nak order hati awak terus boleh”jawab Behzad berterus terang. Ally terkesima dan tidak menyangka Behzad akan berkata macam tu kepadanya dalam masa yang begitu cepat kerana beliau juga sememangnya menginginkan pertanyaan seperti itu terus dari   mulut Behzad. Sememangnya sudah lama Ally terpaut pada Behzad. Namun ego wanita mengatasinya tetapi hari ini membuatkan Ally begitu cair dengan Behzad. “ awak,itu makanan ker?”balas Ally. “ sambil teersenyum, yup itu makanan untuk hati saya yang lapar dan makanan untuk perut saya pulak saya nak makan double cheese burger. Boleh tak kalau macam tu.”jawab Behzad lagi. “boleh tak saya jawab selepas awak makan makanan untuk perut awak dulu.” Balas Ally. Lalu Behzad pun bangun membeli double cheese burger, bubur ayam, coke dan strawberi. Mereka pun makan tanpa mengeluarkan sepatah kata dan hanya berkomunikasi antara mata dan hati sahaja ketika ini dan tiba-tiba terdengar suara sayu......

“hmmm....betul ker awak mahukan hati saya..” tanya Ally. “hmmmm......jujur saya katakan sudah lama saya memendam rasa dan ingin meluahkan dari mata ke mata dan hati ke hati kerana selama kita berkawan kejujuran itu telah lama muncul dan keikhlasan terhadap cinta saya terhadap awak adalah suci”balas Behzad. “satu baris kata pun sya tidak pernah menipu kepada awak tentang diri saya kerana saya yakin saya sangat memerlukan awak.Cuma kadang-kadang saya berharap semoga awak juga sama seperti saya menyayangi saya seikhlas hati tanpa bersua muka. Mungkin nampak macam tidak masuk akal kan, tapi cara awak melayan saya semenjak kita berkawan selama ini telah membangkitkan perasaan saya untuk menyayangi awak setelah lama hati saya ini dikunci untuk wanita.”balas Behzad lagi. “apa yang awak ucapkan saya sangat hargai tapi kenapa perlu begitu cepat untuk kita memulakan hubungan ini, mungkin kita berkawan dahulu”luah Ally. Ally terpaksa menahan airmatanya kerana dia merasa sangat berdebar dan sayu untuk meluahkan isi hatinya kepada Behzad kerana dia juga mencintai Behzad cuma kata-kata dari mulutnya tidak terucap.


            “mungkin bagi awak seperti terburu-buru, saya cuma tidak mahu kehilangan awak sahaja kerana bagi saya kita sudah lama berkawan mungkin hampi 3 tahun sudah, kita sudah lama mengenali hati budi masing-masing dan saya kenali hati awak dahulu sebelum bertemu mata dengan awak. Saya harap awak dapat menerima dan tidak menolak cinta saya yang hina ini.”luah Behzad. Ally tersenyum dan cuba meyakinkan diri untuk berterus terang.”yup...saya mengaku saya juga sama seperti awak dan saya merindui awak setiap hari dan sepanjang masa saya memikirkan awak...OOOPPPppppssssssssss!!!!!”luah Ally.Ally menutup mukanya menahan malu serta sedih kerana dia tahu dia tetap akan berpisah dengan Behzad buat sementara waktu. Ally meneruskan kata-katanya”tapi sanggupkah awak menunggu saya untuk beberapa tahun??? Saya sangat serius dan jika awak sanggup menunggu kepulangan saya, saya sangat gembira...” “hmmm...menunggu awk???apa semua ini??awak nak pergi ke mana???huhuhuhu......baru jer jumpa awak sudah hendak berpisah dengan saya” tanya Behzad. “saya akan melanjutkan pelajaran untuk beberapa tahun dan mungkin untuk 3 tahun dalam tempoh itu kita tetap akan berhubung la awak...kerana kerjaya ini adalah cita-cita saya dan awak adalah impian saya dan saya harap awak sanggup tunggu.”luah Ally. “awak, demi awak pun saya akan sanggup segalanya kerana saya tidak lagi ragu-ragu dan saya tidak akan melepaskan awak, hati saya sudah tertanam jauh didalam dan hanya awak mempunyai kunci, hati saya sanggup merindu walau perit menunggu, saya yakin penantian itu berbaloi.”tegas Behzad.” Saya yakin dengan awk”jawab Ally penuh syahdu.

            Masa tidak akan terus berhenti dari menjalankan kerjanya dan tidak akan memberi sesaat pun bagi dirinya untuk berehat. Jam menunjukkan 7pm dan Ally harus pergi, serapat-rapat belangkas, kena dik masa terpisah jua. Masa membuat keputusan dan kerana itu masa adalah berharga, pertemuan itu tidak semestinya akan menjadikan penyatuan dan perpisahan itu tidak semestinya suatu penamatan. Mereka hanya dapat bersua mata hanya 8jam sahaja ibarat kerja di ofis sehari. Jam 7.15pm Ally melambaikan tangan kepada Behzad dan Behzad tidak menyangka pemergian Ally begitu lama dan pertemuan ini adalah satu nilai perjuangan hati dan airmata. Sudah ditahan air banjir membadai segala, namun begitu juga airmata terpaksa keluar akibat kekuatan nilai cinta antara mereka, setelah sekian lama air mata Behzad menitis jua, dan Ally umpama tidak terkata dan hanya berdaya menahan sebak seketika dan lantas mencurahkan air mata si dara. Lambaian semakin hilang dan pudar, kelibat Ally hilang ditelan penumpang yang lain. Tiba-tiba..!!!!!!!!!!!!!! Behzad terjaga dari tidurnya dan ternyata semua sekali hanyalah mainan mimpi sahaja. Apa yang berlaku dan semua itu hanyalah mimpi Behzad yang terlalu memikirkan tentang Ally. Behzad bangun dan terus pergi mendirikan solat subuh. Semua yang berlaku adalah takdir, kita hanya mampu merancang dan hanya tuhan yang menentukan.

No comments: