nuffnang-ads

Wednesday, March 18, 2015

DESTINASI HATI (3)

DH#3




  “Sudah suratan, pertemuan itu tidak berjalan dengan lancar, musnah harapan, yang dikandung, hasrat tidak termakbul, patah hatinya, hancur remuk tak terkata, indah yang dikandung, akhir musnah segalanya, insan yang dikenang, tidak kunjung, tidak datang pertemuan, sebak rasanya, hati ini, mengenangkan perasaan, sudah lama, menahan sepi sendiri, sudah hilang , sudah pergi, kata hati, kian menjauh dia pegi dia hilang, mananti nya suratan berpusing, masih mengharapkan, hadir dirimu, sebagai, pengubat hati.” Itulah yang terluah dibibir Behzad dengan nada kesayuan. Menitis air mata seorang lelaki yang amat mengharapkan pertemuan itu. Rupa luaran nampak selamba tapi hati didalam siapa yang tahu. Itula dia seorang lelaki yang jujur dan baik hati, tiada sepatah pun cemuhan yang dilemparkan kepada Ally, hanyalah “ positif thinking “ yang difikirkan didalam benak fikiran Behzad. Behzad berbisik didalam hati “ mungkin tiba-tiba dia mempunyai alasan sendiri coz dia kan kene standby hari ni,mane la tahu tiba-tiba ada on call  ker tadi minta segera dia datang @ mungkin low batt  ker kan. Aku pasti dia juga mencari aku dan sangat yakin dan pasti.” Itulah yang bermain di hati Behzad. Beliau cuba memujuk hatinya sendiri kerana beliau sedikit pun tidak tergamak untuk mencemuh gadis yang dikenali dari ym. Itulah sifat beliau yang amat serius dan jujur dalam perhubungan walau dimana jua beliau mengenali seseorang itu.

            Bergerak ke lorong parkir di tingkat bawah shopping mall itu. Berjalan seorang pemuda yang kesayuan merenung nasib diri yang tidak begitu baik pada hari ini. Ditekan alarm kereta kancil kakaknya dan beliau terus masuk. Kesayuan ditambah lagi apabila direnung hadiah yang dibelinya untuk sigadis yang telah menambat hatinya. Diusap perlahan-lahan teddy bear yang lembut bulunya yang berwarna cerah dan diucapkan dengan kata-kata “ aku cuba untuk serahkan kau pada seorang gadis yang aku sayang namun dia tidak muncul ”. Dengan nada yang amat sayu Behzad meletakkan semula dan menghidupkan enjin keretanya. “ tap..tap..” air mata lelaki menitis tanpa berhenti...Behzad mengetap bibirnya dan menahan sebak didalam hatinya. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan Behzad diwaktu itu.

            “Ku ingin dirimu sayang, mengerti perasaan, betapa aku, merindui, menyayangimu, berikan aku sayang, peluang untuk bersama, walau sedetik, walau sesaat, kan aku abadikan, disetiap hidupku, bersamamu, tuhanku, berilah ku peluang, bertemu dengan, gadis pujaan, ku bermohon, bertemu... walau sedetik jua, akan aku, pertahan, dirimu umpama , sutera yang lembut, sukar ditemui, sukar dilewati, dan sukar untukku, menemukanmu, di setiap hidupku, namun aku, gagahi hidup menjalani ruang yang tetinggal kini, ku teruskan gagahi, perjalanan ini, sepi tanpa hadirmu....” itulah yang keluar dari bibir Behzad, lagu-lagu sepi seorang perindu dari kumpulan apecer the band bertajuk “ jalani sendiri “ .

            Seharian di sana tanpa sedikit jamahan makanan, terasa lapar kian mendatang,  aku lapar, tapi aku tiada selera langsung nak makan, aku sangat lapar, nanti aku jumpa hentian aku berhenti la and then pergi tengok ape yang leh cover  Behzad mengomel sendiri. Hentian R&R lagi 10km dihadapan, Behzad menekan pedal minyak untuk menambahkan kelajuan untuk cepat sampai ke destinasi seterusnya. Signal ke kiri diberikan , lalu masuk dan terus mencari parking. Terlihat sebuah lori yang penuh dengan makanan, meleh air liur pemuda ini. Lalu bergegas dia keluar untuk mendapatkannya. Rupa-rupanya lapar Behzad bukan kepalang kerana beliau sendiri lupa bilakah kali terakhir beliau menjamah makanan. Sedang asyik Behzad makan, Behzad terpandang satu pasangan yang mesra ~ ~ “ awak , nak makan ape? Hmmm...saya tak nak makan berat-berat la awak, nanti gemuk,hehehe..( ketawa comel ). Ala awak, awak kecil ke gemuk ker, saya tetap sayang awak la “ berderau darah behzad mendengar celoteh itu. Oleh kerana malas untuk melayani fikirannya, beliau terus berhenti makan dan terus beredar ke dalam kereta dan terus meneruskan perjalanan ke KL.


No comments: