nuffnang-ads

Wednesday, March 18, 2015

DESTINASI HATI (5)

DH#5



                Diwaktu rehat , misi bermula untuk mendapatkan nombor telefon Nurin. Jeng Jeng Jeng !!! NURIN!!!!!! Jerit Basir. “ tunggu kejap wahai cik adik yang manis jelita, saya datang ke mari berhajat, mahu meminta kunci nya taman, tetapi itu terlalu cepat, ku sampaikan pesan seorang kawan, mahu minta nombor telefon cik manis gerangan “ ujar Basir sambil ketawa. “ oit cik abang yang hensem menawan, hitam manis mu menjadi pujaan, sekali ku ketis putih menawan, ingat ape menyampai pesan, ade beran suruh orang pesan jumpa sendirian, mahu ku tahu siapa gerangan “ balas Nurin. Hahahahaahaha !!!!! ketawa Nurin selepas menjawab madah si Basir. Basir pon agak tersipu menahan ketawa. Ye la aku bagitahu pada tuan dia la kalau macam tu, owner  ni pemalu sikit nak mintak coz  mengade lebih. Hahahahahaha!!!! Balas Basir sambil ketawa lagi. “Ok la macam ni la kan, esok ade PJ so ko tengok siapa yang paling menyerlah and then yang pakai seluar merah itu adalah tuannya, tapi ko rahsia dengan aku jer la yer taw, coz tuan dia suruh aku jangan bagitahu sesiapa.”ujar basir lagi sambil ketawa kecil.

                Nurin tercari-cari siapakah yang memakai seluar merah pada hari tersebut dan kebetulan ada lima orang lelaki memakai seluar merah dan membuatkan Nurin keliru siapakah yang ingin meminta nombor telefonnya kerana kelima-lima yang  berseluar merah itu adalah sukar dikenal pasti kerana semuanya adalah orang yang tidak pernah mendekatinya. Hmmm... siapa yer yang nak minta no telefon aku ni erk..semuanya berkawan rapat dengan Basir, tapi Basir tu kan biol, no wonder la orang mintak tolong dengan dia kan. Rungut Nurin sendirian. Lisa , ko agak siapa yang minta no telefon aku erk??? Tanya Nurin. Aku agak la kan, mungkin si Fizz tu kan, die kan playboy  no 1 dalam kelas, semua budak baru dalam kelas die nak  tackle kan... “ jawab Lisa selamba “ . Ishhhh...kalau si Fizz tu la, tak nak aku bagi, bikin semak aku jer nanti, ingat hensem sangat la die tuh, harapkan abang die jer wakil Selangor main bola, die plak yang over lebih.LOLZZZZZZZZZZZZ...ujar Nurin.

                Behzad ternampak kelibat Nurin dan Lisa di padang dan dia merasa agak malu kerana Nurin akan ternampak kelibatnye ketika bermain bola, apabila orang yang disayangi berada berhampiran hatinya seperti berada dalam salutan madu, tiba-tiba bola terkena dimuka Behzad!!!adoi!!!!!sakitnya weyyyy...hampeh la korang ni rembat aku!!! Jerit Behzad. Mana la aku tahu kau tak pandang kan ker kita tengah main bola ni, aku pasing jer la kat kau, siapa suruh ko pandang bunga.”ujar Mail. Ahhahahahahahahahha ...semua orang ketawa. Kelihatan Nurin dan Lisa pun ketawa melihat aksi tadi dan muka Behzad kemerahan bagai air sirap.

                Behzad menahan malu dan teruskan permainan seperti biasa untuk menyelamatkan diri dan menyorokkan muka dari Nurin. Priipppppppp.....!!!!!! mase dah habis, kamu semua pergi salin baju dan bersihkan diri. Semasa didalam bilik persalinan,” Behzad!!! Kau perasan tak tadi, si Nurin memerhati dari atas tadi. Heheehheeeheh... dia mesti cari orang yang minta nombor telefon dia semalam, aku cakap yang minta no telefon dia akan pakai seluar merah tapi boleh pulak mangkuk lagi empat ekor tu p[akai seluar merah jugak, rosak aku punya program. Kata Basir selamba.” Ujar Basir selamba. “Mangkuk kau, aku suruh kau mintak dan rahsiakan bukan suruh buat drama macam hari ni, nasib baik diaorang semua pakai seluar merah sama macam aku. Segan la aku kalau dia tahu, mana nak letak muke aku ni nanti.” Balas Behzad.

                “Macam ni la, aku tentukan date untuk korang berdua, amacam !!! kau nak ke tak??? Kalau kau tak nak aku nak sebat jer Nurin tu bawak pergi bandar sabtu ni. Aku ade 125zR baru beli minggu depan.hahahahahhahaha...” kata Basir sambil ketawa. “kau jangan lah ugut aku macam itu beb, you are my friends bro, okay aku nak kau tolong set kan time petang ni jugak habis kelas tambahan nanti ok. Jumpa di astaka sekolah pukul  5pm. Okay abang hensem...” usik Behzad pada Basir. “ hensem ker tak hensem ker, muke aku tetap ada market beb, okay kau jangan risau sekarang jugak aku pergi setelkan. See you in evening Mr Romeo..hahahahhahahaha....” balas Basir selamba dan terus mencari Nurin. Basir terus memberitahu Nurin dan Nurin bersetuju untuk berjumpa dengan Mr X iaitu Behzad.
                DUMMMM!!!! DUMMM!!!! GURUH BERDENTUM....Hujan sangat lebat . Jam menunjukkan 5.05 petang. Kelibat Nurin tidak kelihatan dan yang kelihatan hanyalah kelibat pelajar yang berlari mengelak dari terkena hujan. Kilat bercakaran diatas langit, disertakan dengan angin yang berderu kuat, guruh sentiasa berlawan ditimur dan dibarat, ibarat memanah makhluk yang bernama syaitan. DUMMMMM!!!!! Tiba-tiba satu pokok di tepi padang dipanah petir dan memeranjatkan Behzad. BEHZADDDDD!!!!!!! TERDENGAR SATU SUARA MENJERIT NAMA BEHZAD DENGAN NADA CEMAS!!! Suara itu sangat dikenali oleh Behzad dan ternyata suara itu adalah suara Basir. Basir berlari bagaikan dikejar lembaga pelik dan nampak tercungap seperti ada sesuatu yang berada dibenak fikirannya.

                Basir kelihatan pucat lesi dan kelihatahn mukanya penuh dengan kesedihan. “ aku tidak tahu nak cakap macam mana, tadi masa aku datang sini ada satu pokok tumbang di tengah jalan dan telah berlaku satu kemalangan antara kereta,motor, dan van yang terbabas melanggar pokok. Pemandu van tu hanya cedera ringan sahaja kerana dia berada didepan tetapi pemandu kereta kancil itu parah jer tadi. Penunggang motosikal pun cedera parah jugak mungkin patah tangan. Tapi Behzad pemandu kereta kancik itu adalah NURIN!!!!!!!! Terang Basir.”APA??????????NURIN!!!!!!!!!!!!!!YA ALLAH!!!!!!KENAPA NURIN????KENAPA NURIN?????KENAPA??????KENAPA SEMUA MESTI NURIN!!!!!!!!!!!!KENAPA MESTI NURIN!!!!!!!!!!!!!! Behzad meraung kesedihan dan badanya rebah ke tanah kerana sangat terkejut. Air muka Behzad berubah mendadak dan terus beergegas untuk ke tempat kejadian> “ jum pergi tempat kejadian” ujar Behzad. “ tiada gunanya kerana pihak ambulans telah datang masa aku tengok tadi sahabat. Semua mangsa telah dibawa ke hospital. Orang ramai sedang membersihkan kawasan kemalangan kerana banyak menghalang lalu lintas tadi. Panjang sangat kereta bersusun tadi nak tengok kemalangan itu.” Jelas Basir lagi.

                “ jum ke hospital kalau macam tu. Aku nak pergi sekarang juga. Tolong temankan aku sahabat kerana aku rasa sangat bersalah sekarang, dia dalam perjalanan ke sini untuk bertemu aku dan kalau tiada pertemuan itu mesti tidak terjadi seoerti ini.” Ucap Behzad sayu. “ semua itu sudah suratan sahabatku, semua itu adalah takdir yang telah ditentukan tuhan Behzad. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan sahabat. Mari aku temankan kau ke hospital.” Tegas Basir. Mereka pun terus ke hospital dalam keadaan hujan renyai dan sampai sahaja di hospital mereka terus bergegas mencari wad tetapi malangnya Nurin berada dalam wad kecemasan. Keadaannya sangat parah dan ahli keluarga Nurin semua berkumpul disitu dan kelihatan ibunya sedang menangis teresak-esak. Nurin adalah satu-satunya anak perempuannya dan dia bagaikan bidadari yang menyerikan keluarga mereka. NURIN KOMA!!!! Itulah ayat yang didiengar oleh mereka dari salah seorang ahli keluarga Nurin. YA ALLAH!!!!!!!!!!!!!! Laung Behzad dengan penuh kesedihan. Mereka pulang kerumah dengan penuh kesedihan kerana mereka tidak dapat berjumpa dengan Nurin kerana Nurin berada dalam pengawasan rapi. Behzad tidak dapat membayangkan sekiranya sesuatu yang buruk berlaku pada Nurin kelak dan dia berasa sangat bertanggungjawab keatas apa yang terjadi pada Nurin. Dia merasakan dia adalah punca semua ini terjadi dan jikalau dia tidak merancang untuk berjumpa dengan Nurin ppasti semua ini dapat dielakkan. Malang tidak berbau dan itulah pepatah orang tua kepada kita. Behzad tidak kesekolah selama seminggu, dia demam teruk dan dimasukkan dalam wad akibat kesejukan ditimpa hujan dan menjadi murung. Semua guru dan pelajar kelasnya datang melawat Behzad, semua merasa pilu atas semua yang berlaku kerana dua orang rakan mereka berada dihospital, seorang koma dan seorang demam dan murung. Behzad tidak bercakap sepatah pun sejak  peristiwa itu.

                Dua minggu kemudian, IBU!!!SATU SUARA KEDENGARAN...menitis air mata seorang ibu apabila mendengar suara anak yang disayangi dan dirindui kembali semula memanggil nama ibu. “anakku, ibu sentiasa disini wahai anakku, ibu sentiasa akan menemanimu wahai anakku. Tidak akan sedetik pun ibu akan meninggalkanmu,tidakakan wahai puteriku.” Sayu luahan ibu Nurin. Mengalir air mata Nurin melihat ibunya menangis disisinya dan terus ibunya memeluk dan mencium Nurin. Semua ahli keluarga Nurin terus bergegas ke hospital dan alhamdulillah kecederaan dikepala nurin beransur sembuh dan darah beku yang ada pada kepala Nurin telah hilang dan Nurin berjaya menjalani kehidupan normal  namun kakinya patah, tapi dia masih bersyukur. Berita Nurin sudah sedar dari koma telah sampai kesekolah dan kesemua rakan-rakan telah pergi menjenguk Nurin termasuk Behzad dan Basir.

                Semua orang telah keluar dan tinggallah Basir dan Behzad. “ Nurin , maafkan saya kerana saya awak jadi macam ini, kalaulah saya tidak mengaturkan temujanji kita pada petang hari kejadian, pasti tidak berlaku seperti ini. Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku seperti saya ini mementingkan diri sendiri. Maafkan saya Nurin.” Jelas behzad. Basir hanya terdiam dan menemani Behzad. “ Nurin senyum, awak....ini semua bukan salah awak, semua yang berlaku ada sebab munasabahnya, mungkin ada hikmah disebalik semua ini dan saya gembira hari ini kerana saya sudah tahu siapakah peminat rahsia saya yang sangat ambil berat pasal saya sampai demam dua minggu dan jadi murung.hee....Nurin senyum lagi. Tadi Basir dan ceritakan pada saya yang awak adalah orangnya. Terima kasih awak kerana menjadi peminat saya yang no 1 . tapi awak janganlah bersedih dan murung lagi. Saya sihat alhamdulillah Cuma tidak boleh berjalan jer kerana kaki saya patah dan janganlah awak merasa serba salah lagi. Saya tidak salahkan awak.” Ujar Nurin dengan sayu.

                Behzad tersipu malu setelah mendengar kata-kata Nurin. Mereka pun tidak banyak bercakap kerana Nurin masih lemah dan ibu Nurin sudah pun sampai . Mereka pun keluar dan bersalam dengan ibu Nurin yang seang membawa santapan untuk Nurin. Pada hari itu, Behzad telah rasa sangat gembira atas perubahan ke atas Nurin dan berharap Nurin cepat sembuh. Dua minggu selepas itu, Nurin datang bersama ibunya kesekolah dan kelihatan nurin berkerusi roda yang ditolak ibunya. Dia bersalaman dengan semua pelajar disitu dan seperti mengucapkan sesuatu. Salah seorang murid memberitahu Behzad bahawa Nurin ditukarkan sekolah oleh ibunya ke sekolah  yang baru kerana khuatir akan kesihatan Nurin nanti. Nurin hanya akan bersekolah mulai tahun depan kerana dia akan dihantar ke pusat pemulihan rapi agar dapat membantu menigkatkan kecergasan dan stamina yang betul. Nurin juga sempat mengirimkan surat kepada behzad dan behzad hanya sempat melihat Nurin berlalu dengan ibunya tanpa sempat mengucapkan sepatah kata-kata selamat tinggal.

                “Kehadapan awak yang baik hati lagi cute dan comel, tujuan saya menulis surat ini adalah untuk beritahu yang saya akan berpindah ke sekolah baru kerana ibu saya sangat khuatir akan kesihatan saya. Saya akan bersekolah di Kuala Lumpur dan akan tinggal bersama abang sulong saya, saya harap awak tidak bersedih dan terus meneruskan pembelajaran awak sdengan baik. Saya tahu awak rajin kesekolah sebelum ini adalah kerana saya kan, tapi janganlah awak ponteng sekolah lagi. Mungkin kita akan berjum lagi dan mungkin panjang umur kita ada jodoh. Saya pun rasa sayang untuk meninggalkan awak dan awak adalah cinta pertama saya yang bertapak dihati saya. Ada jodoh kita jumpa lagi. Nanti habis spm datanglah Kuala Lumpur. Nanti saya akan poskan surat kepada awak. Jangan nakal-nakal lagi ok. Saya sayangkan awak.assalamualaikum” itulah surat yang dituliskan oleh Nurin. Dan itu jugalah surat yang pertama dan terakhir dari Nurin untuk Behzad. Oleh sebab semua itu, Behzad telah banyak berubah sejak kehilangan Nurin didalam kelas dan dia lebih suka termenung kerana itu adalah cinta pertama Behzad.

No comments: