nuffnang-ads

Wednesday, March 18, 2015

DESTINASI HATI (2)

DH#2





               Diambil earphone dari poket kanannya sambil sambungkan kepada telefon nokia 5800 express music Behzad melayani lagu aril af yang menjadi kegilaan remaja. Lagu itu sangat menusuk dijiwa Behzad yang sangat mengharapkan pertemuan ini. Behzad berbaju t-shirt hitam dan memakai rantai berlokek huruf F dan di poket kirinya terletak perfume aura life “ dunhill “ agar Ally datang haruman itu boleh menambahkan kerancakan pertemuan mereka. Tiba-tiba ......
Bounce to you, bounce to you
Nae gaseumeun neol hyanghae jabil sudo
Eobseul mankeum ddwigo itneungeol
Break it down to you,
down to you,
Nae gaseumi neo, 
neol gajjiMotandamyeon meomchul georanda (nal barabwara)

          Lagu Bonamana - Super Junior iaitu ringtone telefon berbunyi. Tertera nama Ally menelefon Behzad. Hello awak, saya da dekat traffic light depan mahkota parade ni. Awak tunggu kat mane tuh. Saya nak cari parking sekejap and then saya cari awak yer. Ok  awak saya tunggu kat lorong pizza ni. Nanti awak da jumpa parking awak telefon saya yer. Baik awak, saya tak sabar-sabar la nak jumpa awak ni. Ala mengada la awak ni, aak tunggu kejap yer, saya nak cari parking sekejap.

            Ahh !! Tertinggal pulak present dia dalam kete, hmm......nanti nak balik nanti la aku bagi. Behzad ada belikan sesuatu untuk Ally untuk dihadiahkan kepadanya. Dalam fikiran Behzad, ini adalah pertemuan pertama mereka , Behzad berharap dia dapat meluangkan masa yang lama dengan Ally. Setelah 15minit berlalu, Ally tidak muncul tiba. Behzad mulai syak yang Ally sedang mencari dia. Ahh !! mungkin die tidak perasan kot, Behzad mulai mencari Ally dan meninggalkan tempat pertemuan yang dijanjikan. Setelah lama mencari, ditatap jam ditangan dan masa cepat berlalu. Setelah sejam, dari panggilan Ally tadi. Ally masih tidak kelihatan, kelihatan resah dimuka Behzad  yang sangat mengharapkan pertemuan dengan gadis yang disayangi secara misteri itu.

            Naik turun,naik turun,naik turun....!!!!!Behzad makin gelisah..Ally dihubungi tetapi diluar talian pula.edangkan sejam yang lalu, Ally begitu hampir kepadanya. Behzad tidak berputus asa dan yakin Ally berada disekitar MP lagi. Behzad yakin Ally kehabisan bateri telefonnya. Peraasan yakin Ally berada di situ membuatkan Behzad mencari Ally diseluruh pelusuk. Berbekalkan ingatan wajah Ally didalam YM dia meneliti semua wajah pengunjung disitu.

            Kalau ada jodoh tidak kemana, begitulah kata pepatah kepada masyarakat kita. Jam menunjukkaan jam 4, setelah dicari dan menghubungi berulang kali, kelibat Ally masih tidak kelihatan. Perasaan hampa mula menghantui Behzad. Masih tekad mencari dan mencari untuk kali terakhir kerana hampir 5 jam Behzad mencari Ally disitu. Mungkin kesilapan Behzad kerana tidak berada setempat kedudukannya kerana dia sudah memberitahu Ally akan berada berhampiran pizza. Tapi oleh kerana hampir sejam disitu, Behzad sendiri bergegas mencari Ally kerana perasaan rindunye terhadap Ally semakin membuak-buak...


No comments: