nuffnang-ads

Sunday, March 11, 2012

aku over!!!



Aku over ???

         Aku over kata kau?haa....mang over pon..!KAU ADA!!!!ahaksss....ketawa mengilai aku melayan karenah orang sekeliling aku nih ha....of coz la, aku kn berjiwa halus bak kata sains jiwa saintifik...hahahahhaha..kannnnnnn..betul la tuh kan...mana ade manusia kat dunia ni sempurna. Aku juga macam korang jugak...ade hati,perasaan,nafsu,perangai comel dan perangai tidak comel. Sekurang2nya aku mengaku kan..korang ade????tak ade kan...

         Orang2 macam i ni memang macam ni, berjiwa saintifik...means halus....hehehe....tapi kan,sekali sekala kita orang pun nak jugak nampak maskulin kan, pernah lah cuba nak jadi maskulin. Satu hari i pergi la gym kan...and then i tak tahu acaner nak mulakan..uollz taw i wat aper...1st time kt situ uollz,i terpesona tengok abang2 katang sedang bersenam...eeeeeuuuwwwWWWW...geramnyer uollz...rase nak peluk jer diorang tuh kan...astagfirullah hal azimmm....:).

         Tapi itu semua membuatkan aku lebih bersemangat, janganlah uollz salah faham pulak..faham ke tidekkkk!!!hehehehehe....and then,bila aku pergi hari kedua kan uollz...aku dah tahu la kann kat mane nak start coz aku da banyak mintak tunjuk ajar dari abang2 katang kat saner tuh...bukan xde trainer cume aku saje jer nak mengade dengan diorang uollz...hikhikhik...aku kan over..:P

         Haaa.....sebenarnye aku tidaklah seperti yang uollz rasekan,sebenarnye aku cume ingin masuk ke kasut yang dimana orang yang mempunyai naluri lembut berada, so aku terpaksa empty kan diri aku demi mengetahui ape perasaan diorang, so sekarang aku sedar yang sebenarnya diorang ni sangat baik dari sangkaan kita. Mereka ini kebanyakan semua tidak meyusahkan diri masing2 malah mengambil berat sesama sendiri. So, janganlah uoolz pandang rendah kepada diorang kan..sudah tersurat diorang mempunyai naluri kearah kewanitaan. Apa2 hukum janganlah kita terlalu gelojoh hendak terus menuding jari kearah diorang keran 4 jari lagi menuding kearah kiter taw..ok selamat mengEMPTYkan diri anda dan selami jiwa orang sekeliling anda.salam sayang..lasiaf dhom...

Monday, March 5, 2012

namaku salleh



Namaku salleh





                Namaku salleh dan nama manja aku sally, umur aku 26 tahun. Aku tinggal dikampung durian runtuh, aku bekerja dikampung. Pelbagai kerja aku buat seperti mengandam, membuat barang hantaran, dan pelbagai kagi kerja kampung. Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki tetapi naluri aku lebih kepada perempuan. Mungkin semasa ibu aku mengandungkan aku dia terlalu mengimpikan anak perempuan dan apabila aku lahir aku adalah seorang lelaki.


                Namun aku dibesarkan seperti biasa Cuma masa aku kecil aku terlalu dimanjakan seperti kanak-kanak perempuan. Dari  itu telah membuatkan aku cenderung kepada naluri wanita. Aku selesa begini, dan aku tidak suka disindir. Aku suka makan laksa dan suka minum air bali. Aku sukakan warna yang indah seperti merah jambu, ungu, dan hijau. Semua warna ini memberikan pemandangan yang indah dimata aku. Aku tidak berpakaian wanita, aku tetap memakai pakaian lelaki dan Cuma cara aku sahaja yang mempunyai lenggok seperti wanita manja.


                Aku suka cara aku, aku mempunyai pinggul yang cantik, badan yang agak tinggi, dan aku merasakan aku mempunyai jari jemari yang cantik serta kulit aku yang halus bersih, aku tahu ramai perepuan diluar sana cemburu dengan kelebihan yang ada pada aku. Dalam kampung durian tunggal, aku terpaksa mengawal naluri keperempuanan aku, walaupun aku berperwatakan lembut. Aku sama seperti lelaki lain yang mempunyai perasaan pada perempuan namun aku tidak mempunyai keberanian seperti itu dan aku terpaksa menyembunyikan perasaan aku. Aku sangat senang berkawan dengan wanita kerana aku sedar mereka sangat memahami jiwa aku dan mereka juga sama seperti aku ingin dilayan dengan baik dan lemah lembut.


                Aku selalu diusik oleh penduduk kampung kerana sifat aku ini yang kearah wanita. Di kampung ini, orang yang seperti aku menjadi perhatin kerana aku seorang jer yang macam ni. Dan sekarang aku sudah selesa kerana mereka pun sudah anggap aku macam manusia lain. Aku pernah ingin berubah menjadi lelaki sejati namun aku tidak boleh melawan naluri aku, aku akui aku masih lelaki dan memiliki sifat lelaki yang lain Cuma aku sangat berlemah lembut.  Namun sekarang aku selesa sengan diri sendiri dan mereka pun sudah selesa dengan aku.


AKU MEMANG OVER..KAU ADA!!!! AHAKSSSSZZZ....