nuffnang-ads

Monday, March 5, 2012

namaku salleh



Namaku salleh





                Namaku salleh dan nama manja aku sally, umur aku 26 tahun. Aku tinggal dikampung durian runtuh, aku bekerja dikampung. Pelbagai kerja aku buat seperti mengandam, membuat barang hantaran, dan pelbagai kagi kerja kampung. Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki tetapi naluri aku lebih kepada perempuan. Mungkin semasa ibu aku mengandungkan aku dia terlalu mengimpikan anak perempuan dan apabila aku lahir aku adalah seorang lelaki.


                Namun aku dibesarkan seperti biasa Cuma masa aku kecil aku terlalu dimanjakan seperti kanak-kanak perempuan. Dari  itu telah membuatkan aku cenderung kepada naluri wanita. Aku selesa begini, dan aku tidak suka disindir. Aku suka makan laksa dan suka minum air bali. Aku sukakan warna yang indah seperti merah jambu, ungu, dan hijau. Semua warna ini memberikan pemandangan yang indah dimata aku. Aku tidak berpakaian wanita, aku tetap memakai pakaian lelaki dan Cuma cara aku sahaja yang mempunyai lenggok seperti wanita manja.


                Aku suka cara aku, aku mempunyai pinggul yang cantik, badan yang agak tinggi, dan aku merasakan aku mempunyai jari jemari yang cantik serta kulit aku yang halus bersih, aku tahu ramai perepuan diluar sana cemburu dengan kelebihan yang ada pada aku. Dalam kampung durian tunggal, aku terpaksa mengawal naluri keperempuanan aku, walaupun aku berperwatakan lembut. Aku sama seperti lelaki lain yang mempunyai perasaan pada perempuan namun aku tidak mempunyai keberanian seperti itu dan aku terpaksa menyembunyikan perasaan aku. Aku sangat senang berkawan dengan wanita kerana aku sedar mereka sangat memahami jiwa aku dan mereka juga sama seperti aku ingin dilayan dengan baik dan lemah lembut.


                Aku selalu diusik oleh penduduk kampung kerana sifat aku ini yang kearah wanita. Di kampung ini, orang yang seperti aku menjadi perhatin kerana aku seorang jer yang macam ni. Dan sekarang aku sudah selesa kerana mereka pun sudah anggap aku macam manusia lain. Aku pernah ingin berubah menjadi lelaki sejati namun aku tidak boleh melawan naluri aku, aku akui aku masih lelaki dan memiliki sifat lelaki yang lain Cuma aku sangat berlemah lembut.  Namun sekarang aku selesa sengan diri sendiri dan mereka pun sudah selesa dengan aku.


AKU MEMANG OVER..KAU ADA!!!! AHAKSSSSZZZ....

4 comments:

Payung kuning said...

saye ade kawan mcm awk.. ape2 pon thniah sbb awk brani.. ^_^

eita said...

laaa..tengah syok baca dah habis....
xde sambung?

Lobak lobak said...

ade sambungan...tengah mengarang

eita said...

ye ke?....suke baca.....
:)