nuffnang-ads

Wednesday, March 18, 2015

DESTINASI HATI (8)

DH#8



            Hmmmmm.. semua itu adalah permainan dari seorang wanita . bukannya wanita ini tidak ikhlas tetapi mungkin kerana berhati-hati dari terperangkap dari jerangkap samar sang lelaki. Penantian untuk bertemu Ally adalah sia-sia sahaja kerana kol @ sms yg diterima malam tadi adalah yang terakhir dari Ally kerana dia telahpun menghilangkan dirinya dari sayup deruan telinga Behzad. Behzad mungkin seorang lelaki yang setia namun kebodohannya kadangkala memakan diri kerana kesetiaannya pada wanita yang belum pernah dijumpainya lagi itu. Namun disebalik kesetiaan itu pasti ada keburukannya kerana ia akan memakan dirinya sendiri. Setelah berbulan dia cuba menghubungi Ally namun jawapan tidak pernah kunjung tiba. Semuanya adalah dusta. Berhentilah sahabat dari kau menunggu seorang yang tidak akan berani menunjukkan rupanya dan hanya berani berjanji sahaja dan sedarlah bahawa persahabatan cyber selalunya berakhir di cyber dan jarang sekali akan menjadi persahabatan yang suci.


            Walaupun seikhlas mana pun dirimu namun cyber tetap cyber dan ianya hanya permainan perasaan semata-mata dan janganlah kau asyik dengan permainan itu. Namun kasih Behzad terlalu dalam kerana terlalu terpedaya dengan cinta cybernya itu. Ally tidak juga membalas dan Behzad terus mengharap agar Ally akan muncul dan memberi penjelasan dan mengucapkan kalimah cinta kepadanya, namun tunggulah bulan berkembar sekalipun saat itu, hari itu, detik itu, waktu itu, minit itu, pasti tidak akan datang....


            Diwaktu pagi yang hening, terdengar cengkerik bernyanyi bersama kumpulannya, burung mengalunkan siulan indah, dahan pokok meliuk lentok ditiup angin kencang, langit menangis lagi, guruh bagai mengetuk gendang, si putera terulik lena dibuai mimpi lagi.... “Behzad cuba menghubungi Ally pada pagi itu, namun tiada balasan, mereka sudah berjanji untuk berjumpa pada hari ini tetapi satu sms dari Ally pun tiada. Kebiasaanya seawal subuh lagi Ally akan menghantar sms kepadanya. Pelik dengan semua itu, Behzad terus ke bilik air untuk mandi dan membisik ke dalam hatinya mungkin Ally terlupa untuk sms.


          "  Keadaan yang tenang menjadi kelam kabut, seorang wanita dimasukkan ke dalam wad icu kerana terkena serangan jantung. Semua ahli keluarga bergegas ke hospital dan Ally mengemas barangnya untuk bersedia menemani ibunya yang dimasukkan kedalam hospital, kejadian berlaku selepas subuh ketika selesai solat subuh ibunya terkena serangan jantung. Tidak sempat berfikir tentang lain-lain perkara kerana ibu perlu diutamakan. Dia segera menelefon adik beradiknya untuk memberitahu bahawa ibunya sakit dan minta pulang segera, ibunya segera dibawa ke hospital oleh ambulans sambil ditemani ayahnya. Ibu dimasukkan kedalam wad kecemasan dan dalam penjagaan rapi kerana sebelum ini ibu tidak pernah diserang penyakit ini, namun tiba-tiba sahaja ibu diserang. Ayah membaca yassin sepanjang ibu berada didalam wad kecemasan. “Ibu...jangan tinggalkan ucu, ucu sayangkan ibu..air mata Ally mengalir. Ally membatalkan hasratnya belajar diluar negara demi menjaga ibunya.” Mimpinya itu seperti untuk memujuk dirinya agar masih memberi kepercayaan kepada Ally namun itu hanyalah mainan tidur yang hanya ingin memujuk dirinya..."





No comments: