nuffnang-ads

Thursday, March 19, 2015

DESTINASI HATI (9)

 DH#9




 Aku seringkali diperlakukan sebegini. Dimana ruang untukku meluahkan segala perasaan, hendak sahaja aku laungkan ditelinga ku sendiri jika boleh perlaku sedemikian. Aku Cuma mahukan diri ini rasa disayangi seperti pasangan kekasih lain yang bercinta, aku juga ingin merasai nikmat cinta dan dikasihi. Aku cuba ikhlas dalam setiap perhubungan dan aku bersedia terima seadanya perhubungan ini, walau baik dan buruk pasanganku aku terima dengan hati yang terbuka kerana aku bukan sekadar terpaut dengan wajahnya namun aku sudah terpaut dengan kemesraannya dan sikap mengambil beratnya terhadapku. Namun aku igin benar menganalinya dari dekat, aku tidak memaksa dirinya mencintai aku, menyayangi aku, hanya sekadar ingin melepaskan segala perasaan yang terbuku didalam hati aku yang sunyi ini. Aku cuba menyembunyikan perasaanku dihadapan semua orang yang aku kononya sangat gembira ddengan hidup aku ini sekarang. Namun aku tidak jua boleh menipu diri sendiri yang menanggung keperitan dan kesedihan itu.

            Keesokan harinya Behzad menghantar sekeping notis berhenti kerja!!!! Semua orang terkejut dan tertanya-tanya mengapa Behzad tiba-tiba sahaja meletak jawatan. Behzad terus membawa diri dan pulang ke kampung untuk menenangkan perasaannya tanpa menghiraukan pujukan rakan-rakan ofis agar tidak meletak jawatan. Bila hati sudah jauh, tiada apa dapat dihalang, kemarau air yang panjang, kemarau hati yang ketandusan.

Ku mencari arah hati,
ku mencari arah diri,
 tidak perasaan akan ku ikuti,
tidak hati ini terus sepi.............

tidak kerana dirimu bidadari,
tidak kerana diriku pelari,
harum dan subur hingga ke hati,
takkan terhenti terus mencari,

rela dicemuh demi dirimu,
rela berpantang untuk kepuasanmu,
rela terima apa dugaanmu,
rela demi mendapat senyumanmu,

ku berdoa agar cahaya,
mampu menyuluh dimana kau berada,
agar terlihat terang cahaya,
destinasi pasti kau ku temui,

hasil berkat doa ikhlasku,
demi mendapat hajat hatiku,
bukan kehendak yang kuturuti,
rasa keperluan dalam hatiku......

takkan ku berhenti mengejar bayangmu.............

No comments: